Archive for 8 Ogos 2010



Sudah lama saya berhasrat untuk berkunjung ke sini. Khabarnya ia diasaskan sejak dua tahun lalu oleh ABIM Sabah dengan bantuan pelbagai pihak termasuk ABIM Pusat.

Rumah Putera Harapan (RPH) adalah sebuah rumah perlindungan kanak-kanak terbiar seperti yatim piatu, yatim, mangsa perceraian dan kemiskinan khususnya dari daerah Ranau dan sekitarnya.

Saya datang bersama Ustaz Abdul Aziz Muji dan Arshad yang menjadi pembantu saya sepanjang perjalanan KK-Ranau-KK, membawa dan menyampaikan sedikit sumbangan beras dan air minuman daripada hamba Allah yang bermurah hati mengirimkan barang tersebut kepada saya.

Saya juga dimaklumkan jumlah penghuni di sini kini mencecah 30 orang. Walaupun menerima sedikit suntikan daripada ABIM Pusat, pengurusan RPH ini masih memerlukan sumbangan awam bagi menampung sebahagian lagi kos harian mereka terutama makanan untuk anak-anak dan elaun petugas.

Bagi yang hendak menziarahi RPH, rumah ini terletak bersebelahan dengan Masjid Daerah Ranau. Untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada RPH boleh disalurkan melalui Bank Islam Malaysia Berhad atas nama : Rumah Putera Harapan, ABIM Negeri Sabah, No Akaun: 10016010066811,  atau hubungi pengurus RPH Ustaz Sabri di talian 0198993315 untuk sumbangan lain.

Maklumat lanjut boleh melayari blog ini : http://rph-wadah.blogspot.com/

Penulis : Ahmad Fadzli Fauzi

Penerbit : PTS Islamika

Harga : RM23.00 / RM26.00

Saya berpandangan, buku ini sedikit sebanyak boleh menjadi asas dan panduan amalan seharian kita khususnya dalam bulan Ramadhan dan amalan seharian di luar Ramadhan. Tahniah kepada penulisnya Ahmad Fadzli Fauzi dan kata-kata aluannya oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

%d bloggers like this: