Archive for 7 Ogos 2010



Ceramah di SEMEKAR berakhir sekitar 11.40 pagi. Bersama Ustaz Abdul Aziz Muji yang bertugas sebagai Penolong Kanan di SEMEKAR, kami bergerak turun menuju ke Masjid Babur Rahman Kampung Tanah Merah, kira-kira 10 minit dari SEMEKAR.

Masjid ini hampir siap sepenuhnya dan sudah digunakan sejak enam minggu lalu. Antara yang belum siap ialah tandas, ruang wudhu’ dan halaman masjid. Masjid berharga RM170 ribu ini menurut pengerusi JK Masjid Tuan Haji Saily Juhalip boleh menampung sekitar 200 jamaah pada satu-satu masa.

Masjid ini dibina dalam tempoh 8 bulan sejak oktober lalu termasuk beberapa kali tergendala kerana masalah batu dan simen yang berlaku dalam tempoh itu.

Selesai khutbah dan solat jumaat, saya mengambil masa sebentar untuk menyampaikan sumbangan beras dan minuman yang dikirimkan oleh hamba Allah di Kinarut. Semoga ada baiknya untuk penyumbang dan penerima. Saudara-saudari yang berhajat untuk menyumbang boleh menghubungi blog ini dan kami akan sampaikan kepada mereka yang memerlukan.


PENGUMUMAN KHAS :

Kepada peminat durian, ada jualan durian dari Kg Luanti Ranau di perkarangan Surau Riyadhus Solihin Taman Austral pada hari AHAD, 8 OGOS 2010 JAM 8.30-10.00 PAGI. Harga antara RM4 hingga RM6 sekilo, bergantung pada gred durian.

%d bloggers like this: