Kata abang pemandu bas itu (tiada dalam gambar) dia membawa sejumlah penumpang dari Sandakan menuju ke Kota Kinabalu. Pada mulanya dia berlanggar dengan sebuah lori. Pemandu lori itu pula terus memandu dan meninggalkan lokasi kemalangan. Cermin hadapan bas remuk.

Abang pemandu itu seterusnya parkir di tepi jalan agar tidak mengganggu kelancaran lalu lintas. Malang pula bahagian belakang bas tergelincir ke parit. Sejak tengahari dia menanti kenderaan penarik tetapi belum sampai. Semua penumpang selamat dan dihantar ke Kota Kinabalu menggunakan bas lain.

Lokasi dirakamkan di Ranau, tidak jauh dari persimpangan Ladang Sabah Tea dan Kampung Luanti kira-kira jam 6 petang tadi.