Archive for 3 Ogos 2010


BAKUL BERNILAI PERSAHABATAN

Seronok juga perjalanan kami berlima menuju ke kampung Tamau di Kota Belud untuk menziarahi keluarga Allahyarham Tuan Haji Barabag yang kembali ke rahmatullah seminggu lalu.

Kami tiba setengah jam sebelum zuhur. Ahli keluarga mereka sudah menanti dan membuat persiapan untuk kenduri selepas zuhur nanti. Bersembang lebih kurang dengan dihidangkan milo panas dan beberapa kuih muih.

Kami berangkat untuk solat zuhur di surau berhampiran. Ia kecil sahaja dan kini surau itu turut beroperasi sebagai pondok mengajar anak-anak muda tentang agama Islam. Khabarnya baru beberapa orang pelajar dengan seorang guru ditempatkan di sini.

Selepas zuhur kami berangkat pulang dengan kami masing-masing dibekalkan bakul penuh berisi makanan. Ada nasi, daging dan kuih muih pelbagai jenis.  Ia bakul yang penuh barakah kerana penduduk kampung sama-sama bergotong royong dan bersedekah kepada tetamu tuan rumah. Ziarah yang ringkas tetapi kami mendapat satu pengalaman baru di kampung sahabat.

Ia tetap bernilai bagi sebuah persahabatan.

Sejak pandai berjalan untuk mengisi pelbagai program, saya selalu diingatkan agar berhati-hati khususnya kalau pulang malam dari Kota Belud. Biasanya, ‘pakcik-makcik’ dan anak-anak muda mereka yang melepak seperti foto ini merupakan satu pemandangan biasa.

Bahkan biasa juga mereka melepak di tengah jalan bagai ‘anggota trafik’ mengawal laluan. Yalah, keadaan jalanraya pada waktu malam agaknya lebih nyaman untuk mereka ‘limpang-limpang’ di kawasan berturap.

Kami bertemu juga beberapa keadaan ini beberapa kali di sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Kota Belud. Namun hanya ini sempat dirakam.

%d bloggers like this: