Archive for 30 Julai 2010


CIKGU TAK ADA OTAK

Seorang cikgu menafikan adanya tuhan. Dia pun mengajar anak-anak muridnya agar tidak mempercayai tuhan. Maka berlakulah dialog di antara cikgu ini dengan anak-anak muridnya.

“Murid-murid sekalian, nampak dinding ni?”

“Nampak!!”

“Dinding ada tak?”

“Ada!”

“Nampak pintu tak?”

“Nampak!!”

“Pintu ada tak?”

“Ada!!”

“Nampak papan hitam tak?”

“Nampak!!”

“Papan hitam ada tak?”

“Ada!!”

“Nampak tuhan tak?”

“Tak nampak”

“Tuhan ada tak?”

“Tak ada, sebab tak nampak.”

Seorang budak yang pintar mengangkat tangan hendak bertanya sesuatu di hadapan kawan-kawannya. Maka berlakulah pula dialog antara dia dan kawan-kawannya.

“Kawan-kawan, nampak cikgu tak?”

“Nampak!!”

“Cikgu ada tak?”

“Ada!!”

“Kawan-kawan, nampak otak cikgu tak?”

“Tak nampak!!”

“Cikgu ada otak tak?”

“Tak ada!!!” Jerit mereka.

Moralnya, bukan semua benda kita tak nampak itu tidak ada. Dalam agama ini ada perkara-perkara yang disebut sebagai perkara ghaib seperti pahala dan dosa, syurga dan neraka, malaikat dan syaitan, syurga dan neraka dan sebagainya.

Qari dari negara Qatar Abdullah Hamad Salim Abu Sharida yang mengambil bahagian dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa di PWTC malam ini menyampaikan bacaannya.

Malulah kita kepada mereka yang buta matanya tetapi celik hatinya. Mohon dijauhkan Allah daripada menjadi orang yang buta hatinya.

%d bloggers like this: