Kami bertemu dengan kumpulan kebudayaan Wadi el-Jadid dari Mesir yang menyertai Festival Tarian Antarabangsa di Kota Kinabalu. Wakil mereka membuat satu kaunter menjual souvenir dari Mesir. Sebelum itu kami meninjau juga kaunter dari Kazastan, India, Latvia, Romania dan beberapa negara lain. Cantik-cantik juga barangan yang mereka jual. Hajat hati hendak membeli tapi kebetulan dompet tidak berisi.

Saya bersembang lebih kurang dengan petugas kaunter berbangsa Arab dari Mesir. Hentam saja, tanya khabar dan belek barangan mereka. BarangkaliĀ  kerana suka melihat kami cakap Arab Mesir (kerana lama tidak bercakap begitu, saya sebut saja mana yang teringat), akhirnya mereka hadiahkan dua barangan mereka secara percuma untuk kami suami isteri. Meski harganya hanya beberapa ringgit saja, tapi ingatan itu yang sangat bernilai.