Archive for 22 Julai 2010



Malam ini saya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Masjid Daerah Penampang. Saya melihat kesungguhan JK ini dalam berusaha merealisasikan cita-cita dakwah ini tercapai. JK ini terdiri daripada NGO’s Islam, wakil penduduk Islam Penampang, korporat, peguam, pendidik dan sebagainya.

Alhamdulillah, setahu saya JK ini menepati sasaran mesyuarat setiap bulan bagi mengetahui perkembangan semasa khususnya kerja-kerja promosi dan kutipan wakaf.

Meski saya tidak dapat menyertai setiap mesyuarat kerana pertembungan acara dan program, namun rakan-rakan tetap memaklumkan perkembangan semasanya. Dalam catatan lalu, saya pernah memberitahu bahawa harga semasa tanah ini lebih daripada RM1 juta. Namun tuan tanah begitu baik hati dengan hanya menjual dengan harga diskaun lebih 40 peratus.

Kami dimaklumkan kutipan setakat ini baru lebih RM200 ribu. Untuk bayaran tanah sahaja, kita memerlukan lebih RM300 lagi dengan kadar segera. Kami memohon bantuan umat Islam yang prihatin untuk sama-sama mempromosi cita-cita murni ini dengan menyebarluaskan maklumat kepada ahli keluarga dan kawan-kawan di mana juga berada.

Kami turut mengalu-alukan dan berbesar hati jika jabatan, pejabat, syarikat, agensi, sekolah,  JK masjid dan surau, persatuan, kelab atau mana-mana kumpulan tuan-tuan dan puan-puan berhasrat menjemput wakil kami mengadakan sesi penerangan berkenaan pembinaan masjid ini. Saya sendiri menerima beberapa undangan untuk bercakap berkenaan hal ini. JK kami bersedia untuk hadir.

Jiran tetangga, rakan sepejabat, keluarga di kampung dan di bandar, kenalan siber seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya. Jika ada kenalan di luar negara, sila maklumkan kepada mereka akan permohonan ini. Selepas urusan tanah selesai, proses seterusnya ialah pembinaan masjid dan kompleksnya pula. Masjid ini menjadi harapan semua agar menjadi pusat hentian bagi perkembangan dakwah umat Islam di Penampang dan Kota Kinabalu.

Insya Allah dalam bulan ramadhan, JK ini akan mengadakan satu himpunan berkenaan Wakaf Masjid Penampang. Ia akan mendedahkan berkenaan kepentingan institusi masjid, institusi wakaf dan menuntut umat Islam untuk turut serta membantu menegakkannya.

Borang waqaf boleh dimuat-turun dengan meng’klik’ foto Waqaf Masjid Penampang di sisi kanan blog ini.

MANA SATU

Lensa kamera Canon sedia ada sudah mulai bermasalah. Bila rujuk ke kedai kamera, katanya kalau mau baiki boleh makan kos RM400 РRM500.  Kalau hantar untuk dibaiki, ambil masa 3-4 minggu pula. Dalam hati, terpaksalah kumpul duit lagi berbulan-bulan untuk dapatkan lensa baru.

Lensa yang saya guna sekarang bukanlah rosak teruk. Masih boleh diguna lagi. Hanya tidak boleh auto fokus saja. Walaupun masih boleh guna, kadang-kadang agak terganggu juga. Kebetulan, hati sudah lama berkira-kira untuk cari lensa baru. Kalau ada rezeki lebih, mau juga tukar bodynya sekali. Hihihi…

Foto-foto di bawah saya ambil dari pelbagai web. Hanya sebagai contoh. Tapi sasaran jangka pendek adalah lensa dalam foto yang pertama. Tapi harga pun ribu-ribu juga. Khabarnya tidak kurang RM5000. Kalau ada yang berminat¬† untuk sponsor, alangkah baiknya. Ala, ada kamera yang bagus bukan untuk gambar sesiapa. Untuk korang juga…



%d bloggers like this: