Perjalanan terakhir seorang hamba Allah
Selepas solat subuh di Masjid Jamek Kg Likas dan bersarapan di Likas Plaza bersama rakan-rakan yang berjaga malam, saya kembali ke masjid. Baru jam 6 pagi, ada sedikit masa untuk berehat. Fikiran masih berkecamuk setelah kehilangan Ustaz Nahar yang dikasihi.
Rehat dan lena tidak sampai sejam sedikit sebanyak terusik dengan kenangan lama. Lagi pun beberapa rakan membuat panggilan masuk dan sms ke telefon, bertanyakan urusan penyelenggaraan jenazah, bila mandi, bila solat, bila kebumi dan seumpamanya.
Hampir jam 8 pagi, kami yang hanya berada di luar rumah dimaklumkan jenazah ustaz sudah bersedia untuk disolatkan. Maklumlah keluarga dan sanak saudara beliau yang besar, ahli jamaah masjid serta rakan-rakan ramai dan sedia membantu urusan mandi dan kafan.
Solat janazah didirikan di Masjid Jamek Kg Likas yang terletak berhadapan dengan rumah ustaz dengan diimamkan oleh Imam Abd Ghani Hj Nawawi disertai kira-kira 500 jamaah. Sesudah solat pertama, muncul lagi kumpulan kedua yang terlewat sampai diimamkan oleh Ustaz Shahrul Nizam, rakan beliau yang sama-sama belajar di Jordan yang tiba dari Pahang malam tadi.
Sekitar 8.25 pagi, jenazah bersiap sedia untuk diusung ke Taman Perkuburan yang terletak tidak jauh, hanya berjalan kaki sekitar 5-10 minit. Saya melihat deretan orang ramai sama ada saudara mara, sahabat, guru-guru agama, para pendakwah terus berkunjung ke taman perkuburan, tidak sempat menyertai solat janazah dan terus ke majlis pengkebumian ustaz walaupun majlis hampir ke penghujung.
Kami jangkakan tidak kurang tiga ribu umat Islam yang mengikuti dan memberikan penghormatan terakhir buat ustaz yang dikasihi. Oleh kerana tempat persemadian ustaz berada di lereng anak bukit, masih ramai berdiri dan duduk jauh kerana keadaan tersebut tambahan keadaan tanah yang licin akibat hujan lebat semalam.
Imam Abd. Ghani dan Imam Wahid bersilih ganti memimpin talqin dan tahlil. Hati begitu sedih dan sebak sekali berpisah dengan ustaz. Saya melihat setiap sahabat-sahabat seusrah, rakan-rakan seperjuangan yang hadir semuanya sugul dan mengalirkan air mata.
Imam Wahid turut sebak saat memimpin tahlil. Teringat kebaikan ustaz yang suka membantu muallaf dan pekerjanya, santunnya kepada anak muda, kasih sayangnya kepada sahabat, pemurah kepada tetamu, juga hormatnya kepada pemimpin. Alhamdulillah, beliau pergi meninggalkan isteri yang baik dan anak yang soleh. Mudah-mudahan Nasyraf menjadi pemimpin dan pengganti yang baik dalam keluarga.
Semoga Ustaz Haji Nahar tenang dan bergembira menerima nikmat dari Allah SWT di alam barzakh. Marilah kita meneruskan perjuangan Islam yang ditinggalkan oleh para pendakwah terdahulu termasuk oleh Ustaz Nahar. Beliau telah mendahului kita semua.
Ya Allah ampuni Ustaz Nahar, kasihani dia, afiatkan dia, maafkan dia, muliakan dia, luaskan tempat semadinya, sucikan dia dengan air, salju lagi sejuk dan nyaman. Gantikan dia dengan kehidupan yang lebih baik berbanding yang sudah dialaminya di dunia. Jauhkan dia daripada azab kubur dan fitnahnya, juga daripada azab api neraka. Masukkan dia ke dalam syurga bersama orang-orang yang baik. Allahumma amin.
terima kasih banyak atas liputan ustaz..saya dan isteri amat menghargainya..kami yg jauh tak berdaya hanya mengirimkan doa dr jauh..blog abunuha menjadi penghubung menunggu2 berita n gambar2..masih segar dalam ingatan makan tengahari di rumah arwah sebelum berangkat balik bertukar ke Perak tempohari..arwah beria-ia benar menjemput kami ke rumahnya sebelum ke KKIA..sempat kami solat jamak dirumahnya..arwah dengan rendah hati menjemput saya mengimamkan solat kerana saya niat musafir…betapa pemergian arwah amat memilukan..terlalu banyak kebaikannya..ramadan lalu byk pgrm di atur sama arwah di kg2 mengagih beras n iftar n solat tarawih n tazkirah..kali terakhir arwah menelefon dr Mekah sejurus lps mengerjakan umrah, 2 pagi di Mekah katanya..kami sekadar bertanya khabar..ya Allah ampunilah dosa saudaraku ini..
Salam ust. Mohon copypaste artikel berkenaan Ustaz Nahar. Terimakasih.
Salam utz.
Memang sangat memilukan pemergian sahabat yang tersayang. Ana juga seperti Cikgu Jamil sentiasa menyambung hubungan melalui AbuNuha untuk mendapatkan gambaran dan berita sahabat di Sabah. Semoga berterusan usaha ini. Kami sekeluarga juga mendoakan agar roh beliau tergolong dalam golongan para syuhada’ dan solihin, amin…
Jazakallah abu nuha. Sebak hati berterusan tatkala melihat ramai sahabat, beberapa pimpinan menitiskan air mata dan sebak dalam majlis pengkebumian arwah.
Suasana majlis itu membuktikan bahawa arwah ust Nahar adalah insan mulia yang disenangi kawan dan lawan.
Disini, sejak kematian arwah, akhlak, pengulangan jasa dan pengorbana arwah akan saya ulangi dalam program-program bersama jemaah disini untuk dijadikan sebagai contoh dan tauladan.
Saya pasti, gerakan islam di sabah akan kehilangan sentuhan tarbiyyahnya, saya yakin yayasan amal sabah pimpinan Hj Khairan akan kehilangan seorang ahli YAM yang komited dengan program dakwah…..salam kejauhan dari saya di Melaka buat sahabat yang mengenali saya.(antaranya cikgu Jamil dan hj Omar)
Almarhum Berpesan Belajar Rajin2 pada saya Sambil Tersenyum
dia selalu berpesan padaku rajin2 belajar balik nanti kalau mahu jadi imam d mana2 masjid bagitahu sama saya, sbb saya bahagian pegawai2 masjid, nanti kalau sudah habis blajar kasi tahu saja mahu jadi Imam d mana, terutamanya d Tawau, MASJID bESAR aL-kAUSTAR,,.. asal berbicara mesti senyum pda saya.. subhanallah moga senyuman itu mmbuatkan Arwah sntiasa tersenyum di sisi Rahmat Allah hingga ke Syurga… ameen ya Allah.. bila terkenang senyuman n belanja makannya padaku, aku redha dgn pemergiannya atas jemputanmu ya Allah.. moga engkau merahmatinya ya Allah.. ameen ya Allah…
aku sudah pasang azam utk bertemu dgnnya bla balik ke Kampung, tapi apakan daya engkau sudah memanggilnya dulu ke kampung asalnya.. maha suci engkau ya Allah, engkau yg berkuasa atas sgala sesuatu, setiap hambamu pasti akan terjadi seperti itu…. maka walaubagaimanapun kematian kami ya Allah, matikanlah kami dlm keadaan Iman n Islam ya Allah yg tetap dlm agamamu ya Allah…ameen!
Aku dapat rasakan yg Allah yarham bersama golongan para solihin di alam baru.. kerna selama aku bersama dengan Ayahanda Ust hj Nahar Mantamin, aku dapat rasakan dialah keluargaku yg paling baik sekali.. kerna memiliki perwatakan Islamic sejati, sesuai dengan ilmu yg d ambilnya d jordan kemudian dia mendidik diri ini, sehinggalah aku mengikuti jejak langkah akhlak Allahyarham ini.. moga Allah merahmatimu wahai insan yg banyak berjasa n berbakti padaku dan family… setiap langkahku pergi menuntut ilmu n beramal sholeh serta apa sahaja yg kulakukan sebab ustaz yg mengajari n mendidik diri, nescaya Allah akan sampaikan pahala itu di sisi ustaz yg ku syangi ini… ameen ya ilahi !!!
Nabi s.a.w sebut, : Menunjukkan kepada perkara kebaikan itu umpama ia melakukan…
walaupun Allahyarham sudah pergi menuju rahmat Ilahi, namun pahala pasti mengalir kepada hambanya yg memiliki akhlak baik ini… sebab ustaz banyak mengajar diri untuk menjadi hamba Ilahi… sehinggalah aku menuntut ilmu di negara mesir ini…
Ustaz, Sayang padamu… (“,) Allah pasti merahmatimu, n pasti mengampunkan segala dosa-dosamu… sebb ilmu yg ustaz smpaikan sangat bermanfaat pda diri ini.. n anak didikan ustaz pasti akan selalu meniatkan setiap ibadah yg d kerjakan utk hadiah buat insan yg berjasa ini… ameen ya Allah.. !
Allahummaj alhu fi qobrihi raudhatan min riadhiljannah.. wa la taj qobrahu min hufron min hufarin nar.. ya Allah jadikanlah kuburnya Allahyarham salah satu dri taman2 syurga, n janganlan engkau jadikan kuburnya salah satu dripada lubang api neraka… ameen ya Robb !!! (“,)
teringat kata2 arwah semasa mengikuti beliau ke ceramah agamanya…”mati itu adalah benar”…dan kini…kematian adalah benar bagi pakcik saya yang sangat-sangat saya sanjung ini…cuma terkilan bila kematiaannya di campur aduk dengan politik oleh golongan yang tiada adab…