Catatan versi Abu Nuha
Lemah rasanya tangan hendak menulis, longlai rasa badan mengenangkan sahabat yang dikasihi Ustaz Haji Nahar Haji Mantamin meninggalkan kita pagi tadi.
Saya mengenali dan bertemu beliau buat pertama kali pada tahun 2002 di Tanah Suci ketika kami menunaikan fardhu haji. Saya datang dari Mesir sedang beliau dari Malaysia membawa kumpulan jemaah haji.
Saya sempat berketuakan beliau ketika kami sama-sama bertugas di Masjid Negeri Sabah. Beliau Imam Besar dan saya pembantunya. Saya melihat beliau begitu aktif mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang ramai memakluminya.
Ceramah bulanan oleh penceramah undangan, perkhemahan pelajar, ziarah hospital, qiyamullail dan bermacam aktiviti. Saya amat mengetahui sikap beliau yang berani mencuba dan sesekali mengambil risiko. Apa sahaja aktiviti yang baik akan diterima beliau untuk dilaksanakan di masjid. Inilah yang membuatkan pembenci-pembenci dakwah pening dan sakit kepala melihat keaktifan masjid di bawah kepimpinan beliau.
Ustaz Nahar juga begitu mengambil berat kebajikan pekerja. Beliau mengambil beberapa pekerja baru yang terdiri daripada muallaf, menunaikan beberapa permintaan pekerja yang tidak sempat dilakukan oleh pentadbiran sebelumnya. Aktiviti tarbiyah dalaman mingguan untuk para pekerja tidak diabaikan. Barangkali yang diingat oleh pekerja ialah beliau jarang sekali meninggikan suara walaupun terdapat kesilapan yang dilakukan.
Ternyata sikap beliau itu dan aktifnya pengimarahan masjid disukai bukan setakat oleh pekerja, bahkan jawatankuasa Masjid Negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Haji Ismail Awang Besar selaku pengerusi yang juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS). Apabila sesekali terserempak dengan Datuk Ismail, itulah yang selalu diluahkannya kepada saya khususnya setelah Ustaz Nahar tidak lagi bertugas di Masjid Negeri.
Apabila beliau berpindah ke ibu pejabat, beliau ditugaskan sebagai Penolong Pengarah Unit Wilayah dan Masjid. Beliau mengatur untuk mengadakan usrah imam-imam yang sempat berlangsung di setiap bahagian seluruh negeri.
Tidak sedikit gangguan dan tekanan yang diterima oleh beliau, khususnya melibatkan soal dakwah dan siasah. Namun saya bukanlah satu-satunya tempat beliau bercerita tentang gangguan tersebut kerana sahabat-sahabat sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepadanya.
Kerana ramai melihat saya rapat dengannya, (walaupun tidak terlalu rapat sebenarnya), hari ini sebaik ketiadaannya saya menjadi salah satu sumber rakan di JHEAINS mendapatkan maklumat situasi Allahyarham. Puluhan panggilan saya terima hari ini bertanya dan memastikan keadaan sebenar Allahyarham.
Beliau diundang berceramah ke seluruh negeri baik atas nama JHEAINS, Yayasan Amal Malaysia Negeri Sabah, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Bahkan saya pernah mengundang beliau ke kampung saya di WP Labuan menyampaikan kertas kerja berkaitan pengurusan masjid dan imam-imam.
Dalam parti, sepanjang yang saya tahu beliau pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Ulama’ Negeri beberapa tahun sebelum mengundur diri. Terakhir beliau diamanahkan sebagai Yang Di Pertua (Penaja) PAS Kawasan Sepanggar sehingga saat akhir beliau meninggal dunia.
***
Minggu lalu, hanya sekali iaitu kalau tidak salah pada pagi hari isnin saya bertemu dengannya. Itu pun di pejabat beliau di tingkat 10 Wisma MUIS. Ada beberapa urusan rasmi dan peribadi yang kami bincangkan. Itulah pertemuan terakhir kami.
Termasuk yang diluahkan beliau berkenaan tuduhan jahat dan fitnah surat seorang Yang Berhormat terhadap beliau yang ternyata sebahagian besarnya tidak benar sama sekali.
Saya juga membincangkan tentang tawaran menjadi hakim MTQ peringkat PDRM di Kepayan khamis ini yang saya diamanahkan mengaturnya. Beliau bersetuju menjadi hakim Bahagian Fasohah dalam MTQ itu nanti. Malangnya dengan pemergiannya hari ini, tugasan itu tidak tercapai.
Malam itu, usrah kami berjalan seperti biasa di rumah seorang sahabat di Luyang. Dalam usrah ini saya diamanahkan sebagai naqib sejak 2 tahun lalu walaupun ramai ustaz lain yang lebih berkelayakan. Namun malam itu saya menguzurkan diri kerana tugasan hakim MTQ Divisyen 1 di Kem Lok Kawi. Saya sempat memberitahu Ustaz Nahar agar memimpin usrah kami di mana beliau antara ahlinya. Itulah tugasan usrah terakhir dijalankan oleh beliau.
Sehari kemudian, iaitu pada selasa, saya diingatkan oleh JK Masjid Kg Muhibbah Petagas akan tugasan khatib jumaat. Saya terkejut dan tidak dimaklumkan awal, tambahan lagi pada hari khamis saya berangkat ke Kuala Lumpur kerana menyertai mesyuarat Lajnah Tashih al-Quran KDN. Saya langsung teringatkan Ustaz Nahar meminta ganti sebagai khatib. Beliau bersetuju dan itulah tugasan khatib terakhirnya.
Khabarnya beliau sempat bercuti dan berprogram di Kundasang Ranau pada malam sabtu sehingga tengahari ahad. Malam isnin, beliau dipelawa oleh Imam Masjid Kg Likas untuk mengimamkan solat Isyak malam itu. Imam itu bercerita tadi, bahawa hatinya tergerak untuk meminta beliau memimpin solat setelah berbulan beliau di’gam’ daripada menjadi imam dan khatib. Itu jugalah kali terakhir beliau mengimamkan solat di masjid berkenaan di mana beliau menjadi jamaah tetapnya sejak kecil.
Sekitar jam 9 malam, beliau mengadu sakit perut dan dibawa ke Wad Kecemasan Hospital Likas. Ramai maklum bahawa beliau memang ada penyakit gastrik sejak beberapa tahun lalu. Semalaman di sana, jam 9 pagi beliau dibawa pulang dan doktor hanya memberikan ubat biasa.
Setengah jam di rumah, beliau kembali mengadu sakit dada dan sesak nafas. Menurut pembantu beliau yang selalu bersamanya, ketika itu beliau sudah merasakan nadi Ustaz Nahar sudah tiada. Beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di bangunan SMC Luyang. Sekitar jam 10.50 saya dimaklumkan tentang pemergiannya.
Ketika itu, saya dan sahabat saudara Alimin Jasman baru tiba di bangunan berkenaan dan hendak menekan punat lif untuk mencari beliau. Tujuan asal untuk menziarahi ustaz yang ketika itu kami dimaklumkan sedang pengsan. Ketika itulah Cikgu Annuar yang sudah berada di sana memaklumkan bahawa Ustaz Nahar sudah meninggal dunia. Lemah longlai tubuh saya dan ketika itu berharap saya tersalah dengar.
Tiada ucapan lain kecuali berharap semoga isteri – Kak Shida dan anak-anak beliau – Nasyraf, Najihah dan Naufal bersabar diatas ujian ini. Begitu juga para pendakwah dan pencintanya di Sabah, kita kehilangan seorang pendakwah muda yang gigih, yang namanya mulai harum di bumi Sabah. Mungkin saya tersilap, tetapi saya belum melihat seorang pendakwah muda yang komited dengan program dakwah dan dalam masa yang sama, berkecimpung dalam PAS di bumi Sabah sepertinya.
Ya, dengan izin Allah ada hikmah atas dugaan ini. Seperti ahli keluarga, sahabat dan kenalan beliau, saya turut mengalirkan air mata atas pemergiannya. Insya Allah beliau akan mendapat nikmat di sisi-Nya.
Walau saya tidak rapat dengannya, cuma berkata sepatah dua dengannya. Namun hati saya juga turut tersentak atas pemergian beliau… Takziah.
Salam utz.
Terkejut ana menerima sms dari Utz Azam dan dikuti telefon dan sms dari sahabat2 di Sabah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama-sama para syuhada’ dan solihin, amin.
Ana tak sempat hubungi ustaz kerana beberapa program keluarga, kursus haji dan hari Ahad menghantar anak ke UTM Skudai. Balik singgah di Melaka dan menerima berita di atas pagi tadi. Insya Allah kita jumpa di masa akan datang.
Haji Omar Haji Tompang
begitulah kehendak Allah,, Allah tidak mahu lagi dia berbuat dosa dan bertambah bebeban dosanya kerna berjuang di tempat yang salah yang tidak berpaksikan sunah dan alquran iaitu parti PAS parti Angkatan Syaitan – semuga Allah mengampun dosa nya… Orang PAS yang LAin bila Nak Tobat
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.. Aminn
Takziah daripada kami di PASTI Malaysia. Walaupun tidak sempat bertaaruf dengan beliau, namun namanya harum di dalam perbualan dengan Cikgu Anuar Ali sewaktu kunjungan ke Sepanggar Disember lalu.
Yakinlah bahawa ALlah akan mendatangkan pengganti buat meneruskan kerja jihad di bumi bertuah ini !
Assalamu ‘alaykum wbt.
Bila saya teringat namanya, saya teringat masjid. Bila terjumpa dengannya, lazimnya di dalam atau sekitar kawasan masjid. Walau tak seakrab, namun beberapa pertemuan singkat dengannya akan mengingatkan kita pada Islam. Tidak keterlaluan untuk menyatakan rasa hati.
Satu ketika dulu, pernah juga saya bercerita dengan seseorang bahawa salah seorang ulama tempatan yang boleh diketengahkan menjadi MUFTI sabah satu hari nanti ialah beliau. Orangnya sederhana dan ia begitu istiqamah dalam agama. Kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan dan masyarakat kepada beliau sebagai Imam Besar Masjid Negeri suatu ketika dulu merupakan satu pengiktirafan terhadap ilmu dan syaksiah beliau.
Kini beliau sudah kembali menghadap Allah dalam usia muda. Tinggallah kita yang masih hidup untuk meneruskan perjuangan Islam dan mempersiapkan diri dengan bekalan berguna di alam sana. Semoga Allah mencucurkan rahmat dan manghfirahNya kepada beliau. Semoga Allah menerima segala amal kebajikan yang beliau lakukan walau sekecil mana selama hayatnya dulu. Dan semoga kepergian beliau dapat menyedarkan kita semua akan hakikat hidup di dunia.
Hidup di dunia hanya sebentar. Hidup di dunia tidak kekal. Harta, pangkat, pengaruh dan kekuasaan tidak akan ikut bersama ke kubur. Yang ikut hanyalah amal-amal soleh yang pastinya sangat-sangat berharga berbanding dunia dan segala isinya.
Buat yang masih hidup, Islam mendidik kita agar menyebut-nyebut kebaikan orang yang telah pergi. Islam menganjurkan kita berakhlak mulia dengan menyebut dan mengingat kebaikan orang yang dah pergi walau sekecil mana kebaikannya. Tidak kiralah siapa orang itu, samada berkulit putih atau hitam, bangsa melayu atau negro, dari Persatuan Pengakap atau Pandu Puteri, dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, dari UMNO atau PAS.
Apa yang penting, orang yang dah pergi itu adalah orang Islam yang berpegang kepada kalimah La Ilaa ha illallah Muhammad Rasulullah. Semuanya menjadi saudara kita. Jika hari ini kita berakhlak mulia kepada saudara kita, inshaa Allah, esok hari orang lain akan berakhlak mulia dengan kita pula.
Wallaahu a’lam
Terasa sebak dan terasa kehilangan yang amat sangat. Namun semuanya perlu diterima dengan redha biarpun hakikatnya hati tidak mampu menerima berita seperti ini apatah diri ini berada kejauhan dari jenazah Ustaz Nahar yang selama ini banyak mencurahkan jasa dengan diri ini tatkala ana selalu dijemput arwah ke rumahnya untuk berziarah..
“Semoga ustaz damai di alam sana, ustaz telah menggambarkan qudwah hasanah kepada kami yang merupakan anak jati tempatan agar terus bersemangat dan istiqamah di jalan dakwah biarpun banyak halangan dan onak duri..” Kepada rakan sahabat, ambillah ia sebagai iktibar buat kita kerana terdapat hikmah di dalamnya yang mempunyai seribu penafsiran. InnaliLlahi wa inna iLlaihi raji’un! Al-fatihah buat Allahyarham Ust Haji Nahar Bin Haji Mantamin..
-MUJAHIDEEN ISLAM DI PERANTAUAN-
Teguran buat Xpolitik yang postingnya bertarikh 13 Julai 230am yang tidak beradab, dan jauh dari akhlak Islam.
Walaupun Xpolitik seteru dengan arwah atau PAS, medium ini dan masa ini bukanlah tempat yang sesuai untuk melabel oreng lain syaitan atau sesat. Menulislah secara santun dan bukannya secara bebal.
Xpolitik.. Naishat Ini Utk Antum… Ikhlas dari saya hamba yg dhaif berTuhankan Allah yg maha Agung…
1) Saya mahu tanya, adakah Allah tugaskan anda utk mengira dosa-dosa manusia..? adakah anda seudah membelah dadanya ? sedangkan sudah ada 2 malaikat yg ditugaskan utk menulisnya… ( Kiraman Katibin )
2) Macamna anda tahu yg Allahyarham membawa bebanan dosa, sedangkan Allahyarham sempat mengucap dua kalimah syahadah La ilaha Illallah MuHAmmadarRasulullah s.a.w sebelum menghembuskan nafaz terakhirnya… Man Qola La ilaha Illallah Akhiril Kalam Dkholal Jannah.. Siapa yg sempat mengucap 2 kLAIMAH BAHAWA TIADA TUHAN YG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH N MUHAMMAD S.A.W UTUSAN ALLAH.
3) SAUDARKU, tAUBAT ITU RAHSIA INDIVIDU HAMBA ALLAH DENGA TUHANNYA.. BERSANGKA BAIKLAH PADA SESAMA MUSLIM N MUKMIN, JANGN BERHASAD DENGKI. TAUBATLAH PADA ALLAH, SEBELUM DATNGNYA KEMATIAN PADAMU WAHAI SAUDARAKU. ADAKAH KAMU TAHU KALAU SAYA BERTAUBAT D RUMAHKU ?
4) JANGAN HINA MEREKA YG MEMPERJUANGKAN ISLAM AGAMA YG SUCI, SEKIRANYA ANDA HINA SAMALAH ANDA MENGHINA ISLAM N SEKIRANYA NDA MGHINA ISLAM SAMALAH ANDA MGHINA MUHAMMAD S.A.W ( SBB ISLAM DTG DARIPADANYA, MENYURUH UTK KITA MEMPERJUANGKANNYA ) SEKIRANYA ANDA MENGHINA MUHAMMAD S.A.W SAMALAH ANDA MGHINA ALLAH S.W.T.. SEKIRANYA INI YG NDA LAKUKAN MAKA TAUBATLAH PDA ALLAH SEBELUM DATANGNYA KEMATIAN PADA KAMU.
5) AKU BERHARAP XPOLITIK INI DRI KALANGAN HAMBA ALLAH YG ISLAM, SBB DIA JUGA BERDOA AGAR ALLAH AMPUNKAN DOSA ALLAHYARHAM.. ARAP2 ANDA ISLAM YA SAUDARAKU, BUKAN SEBALIKNYA… SEBAB RASULULLAH S.A.W TIDAK PERNAH MENGAJAR UMMATNYA MENGHINA INSAN KERDIL YG SUDAH KEMBALI KERAHMATULLAH.. BAHKAN DISURUH KITA DOAKAN/MANDIKAN/KAFANKAN/SOLATKAN N KEBUMIKAN… N KALAU MAHU BERCERITA TENTANGNYA CRITALAH YG BAIK2 SAHAJA.. MOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAHNYA PADA KITA SEMUA AMEEN YA ALLAH…
ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
YG BENAR : ANAK ANGKAT USTAZ HAJI NAHAR MANTAMIN.
MOGA ALLAH MERAHMATI ALLAYARHAM.. AMEEN !
AL-FATIHAH !!!
xpolitic
13 Julai 2010 at 2:13 am
begitulah kehendak Allah,, Allah tidak mahu lagi dia berbuat dosa dan bertambah bebeban dosanya kerna berjuang di tempat yang salah yang tidak berpaksikan sunah dan alquran iaitu parti PAS parti Angkatan Syaitan – semuga Allah mengampun dosa nya… Orang PAS yang LAin bila Nak Tobat
Orang yang telah pergi meninggalkan kita, semasa hayatnya sepenuh masanya diperjuangkan untuk agama.. kalau itu dikatakan berjuang di jalan yang salah, di mana pula perjuangan yang sebenarnya… jangan hanya pandai melabel, jadi Allah panjangkan umur kamu hanya kerana Dia mahu kamu berbuat dosa dan menambah bebanan dosa.. Semoga Allah mengampunkan kamu yang belum tentu tau bagaimana saat kematian kamu tiba!!!
Inna lillah.
Moga sahabat-sahabat di Sabah akan terus istiqamah dan bersemangat dalam perjuangan Islam meskipun sesudah kepergian almarhum.
Saya mengenali beliau dan menitis air mata membaca berita ini. Kita kehilangan seorang ahli agama yang berwibawa.
Takziah buat keluarga Allahyarham. Tidak sempat bertemu Isteri Allahyarham semalam. Sekalipun “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Tiada ungkapan yang mampu diucapkan melainkan bersabar dengan ketentuan Allah. Semoga Allah menghimpun kalian di JannahNya. Amin..Ya Rabb..
Sy tidaklah begitu mengenali Allahyarham, tapi kesudian Allahyarham ingin membantu sy dan suami melambangkan kemurahan hati Allahyarham. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan.
p/s kepada “xpolitic” – Orang PAS yang LAin bila Nak Tobat…
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61:3) – Taubatkan diri anda dulu KERANA Hadis Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasiq dan memerangi mereka adalah kafir (Sahih Muslim) – Wallahua’lam..
Ust Nahar tetap lah telah pergi mengikut gilirannya yg telah ditetapkan Allah S.W.T…walau ada banyak lagi amanah yang Ust Nahar belum tunaikan walau telah diniatkan……… insyaAllah, yg hidup inilah akan meneruskan amanah yg belum ditunaikan oleh Ust Nahar mana termampu.. Al-Fatehah untuk Ust Nahar saudara seagamaku..
Salam kepada semua rakan2.sesungguhnya dengan nama allah yang maha pemurah dan maha penyanyang.pemergian arwah ust nahar amatlah mengejutkan saya.sesingkat pertemuan bersama arwah memberikan sumber insprasi bagi menjalankan amanah sebagai khalifah.hanya allah swt sahaja yang lebih mengetahui sungguh baiknya arwah.walaupun baru pertama kai bertemu.senyuman yang sentiasa terukir di bibir arwah tidak akan lekang walau sesaat.semoga allah swt mencucuri rahmat kepada arwah.dan mengurniakan ketabahan,kesabaran dan kecekalan kepada keluarga arwah.amin.
inalillahwainallahirojiun…
semalam ayah kepada pemilik farmasi aslam pun telah pergi menghadap allah yang esa…
teguran buat xpolitic:
mengapakah anda berkata begitu?
bukankah arwah ustaz nahar menyebarkan agama islam…
berdosa besar kamu berkata begitu..
kamu memang tdak suka politik sebab nma kamu xpolitic,
tapi apabila hamba allah menemui penciptanya..
tidak baik kamu berkata begitu..
bukan itu yg dipertikaikan di padang masyhar nnti..
org seperti arwah ustaz nahar sekarang sudah tinggal sedikit sahaja lagi..
kebanyakan anak muda sudah llai…
jdi sepatutnya kamu menghargai jasa ustaz nahar..
bukan mengutuk!
sya harap kamu terima kata2 sya ini dengan ihklas…