Archive for 19 Jun 2010


Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 akan diadakan di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu pada 29 Jun hingga 3 Julai 2010 setiap malam mulai jam 8 hingga 11 malam.

Pada sebelah siang, diadakan pameran di tingkat 1 dan jualan di aras bawah Wisma MUIS. Pengunjung bertuah MTQ Kebangsaan ini berpeluang menerima hadiah istimewa, antaranya tiket menunaikan ibadah umrah.

Sila..

“Sesiapa yang mengkehendaki dunia, hendaklah dengan ilmu; sesiapa yang menkehendaki akhirat, hendaklah dengan ilmu; sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya, hendaklah dengan ilmu”.

Allah SWT mulakan wahyu dengan perintah membaca; Allah juga ada bersumpah dengan qalam; Allah juga memaklumkan status orang berilmu yang berbeza dengan orang tidak berilmu. Beli, baca dan jadikan wujudkan perpustakaan mini di rumah masing-masing.

Ketahuilah bahawa antara musuh utama umat Islam adalah kejahilan. Orang beriman dan berilmu akan diangkat kedudukan mereka beberapa darjat di sisi Allah SWT.

Sedia peruntukan beli buku agama

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 19 Jun: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru umat Islam memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan bagi membeli buku pengetahuan khususnya buku agama bagi mewujudkan perpustakaan mini di rumah.

Katanya, koleksi buku itu penting untuk bacaan dan rujukan seisi keluarga.

“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca, dengan menghabiskan masa lapang dengan membaca walau pun agama mereka tidak menggalakkan pembacaan, namun sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca.

“Bahkan mereka lebih cenderung mengisi masa lapang dengan kegiatan hiburan, berbual kosong dan melepak,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010 yang berlangsung di Balai Islam, Lundang dekat sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan.

Pesta buku bertema “Kelantan Memimpin Budaya Ilmu” itu bermula 18 hingga 22 Jun, anjuran bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Dewan Ulama PAS Pusat, Management Sdn Bhd dan Alfa Event & Entertainment Sdn Bhd.

Menteri Besar berkata, walau pun agama Islam telah memberi penekanan khusus kepada kegiatan membaca sejak awal turunnya wahyu yang pertama, tetapi malangnya pada hari ini masih terdapat umat Islam yang sanggup membelanjakan beratus ribu ringgit pada setiap bulan bagi membeli perkara yang tidak bermanfaat.

Justeru, anjuran pesta buku antarabangsa itu bagi menarik lebih ramai masyarakat khususnya di neger ini agar menjadikan budaya dan amalan membaca sebagai amalan harian.

“Marilah sama-sama kita menukarkan tradisi bahawa umat Islam adalah umat yang tidak jemu-jemu belajar, mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam semua aspek kehidupan.

“Sesungguhnya semua kemajuan itu hanya dapat dicapai oleh umat manusia dengan ilmu pengetahuan, yang hanya diperolehi menerusi pembacaan serta pengkajian yang mendalam dan berkesan, insya Allah,” katanya.

%d bloggers like this: