“Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada mereka yang membacanya”.

Ini kali kedua saya mengisi tazkirah di sini.

Kali ini dengan kehadiran sekitar 30 orang untuk Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, dalam tempoh 45 minit saya membacakan hadith-hadith Rasulullah SAW berkenaan kelebihan membaca al-Quran.

Saya ingin sangat mendedahkan perkara ini bersempena Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan yang akan diadakan pada 29 Jun ini di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Sudah tentu sebagai warga JHEAINS yang akan terlibat sebagai urus setia, saya berharap mereka semua yang hadir memahami keutamaan membaca al-Quran dan merangsang mereka agar sama-sama menjadualkan diri dalam soal tilawah al-Quran.

Semoga ada manfaatnya.