Archive for 4 Jun 2010



Undangan sebagai khatib di Masjid an-Nur Kg Rampayan saya terima daripada Tuan Hj Hassan Sapar, Imam Qaryah di masjid berkenaan sejak isnin lalu.

Masjid ini ketika pembinaannya beberapa tahun lalu menimbulkan beberapa kontroversi melibatkan bentuknya yang tidak dipersetujui oleh beberapa orang kuat masjid ini. Saya mengetahui hal ini kerana ia pernah dibawa ke Istana Negeri dan diadu kepada TYT Tun ketika saya bertugas di sana.

Khutbah kali saya tumpukan kepada dua perkara. Pertama berkenaan kejahatan tentera zionis Israel yang menyerang kumpulan sukarelawan yang sedang dalam pelayaran ke Ghazzah. Saya sentuh tentang peristiwa Nakbah dan sejarah hitam 15 Mei 1948 iaitu penawanan Palestin oleh Israel.

Isu kedua yang saya selitkan ialah berkenaan judi sempena Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia yang mesti ditentang oleh setiap umat Islam. Bahkan semua agama lain turut melarang judi walau apa keadaannya.

Ketika solat Jumaat, kami turut mengadakan qunut nazilah pada rakaat kedua memohon kepada Allah SWT membantu pejuang Islam di mana sahaja khususkan di bumi umat Islam yang sedang diperangi seterusnya menghancurkan musuh-musuh agama ini.

Terima kasih atas undangan ini.


“Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada mereka yang membacanya”.

Ini kali kedua saya mengisi tazkirah di sini.

Kali ini dengan kehadiran sekitar 30 orang untuk Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, dalam tempoh 45 minit saya membacakan hadith-hadith Rasulullah SAW berkenaan kelebihan membaca al-Quran.

Saya ingin sangat mendedahkan perkara ini bersempena Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan yang akan diadakan pada 29 Jun ini di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Sudah tentu sebagai warga JHEAINS yang akan terlibat sebagai urus setia, saya berharap mereka semua yang hadir memahami keutamaan membaca al-Quran dan merangsang mereka agar sama-sama menjadualkan diri dalam soal tilawah al-Quran.

Semoga ada manfaatnya.


%d bloggers like this: