Buku Yang Baru Dibaca :

Penulis : Tony Hendroyono

Penerbit : PTS Prefesional

Harga : RM15.50 / RM17.50

Setiap hari, hampir 70 juta pengguna login bagi melihat profil teman-teman mereka dengan peningkatan pengguna sebanyak 150 ribu orang setiap hari.

Facebook menerima lebih daripada 14 juta foto yang diupload setiap hari dan angka ini terus meningkat. Siapa sangka tokoh di sebalik kejayaan Facebook adalah seorang daripada mahasiswa Harvard University yang bermasalah.

Hebat lagi, seperti kisah para tokoh pelopor software lain yang bermula dari garaj, Facebook dibangunkan dan ditulis sendiri dari bilik. Kini, Mark Zuckerberg adalah CEO yang berusia 24 tahun!

Namun, kejayaan Mark dan Facebook tidak berlaku dalam sekelip mata. Beberapa tahun diperlukan bagi memerah idea merancang konsep pemasaran.

Kini, Facebook menjadi sebuah laman web jaringan sosial yang sukses mengatasi laman web jaringan sosial yang terdahulu. Unggul dari segi aplikasi dan kemudahan penggunaannya membuatkan orang betah berlama-lama di hadapan komputer.

Bagi mereka yang baru berjinak dengan Facebook, ini adalah kisah selengkapnya…

Dapatkan di Pustaka Aslam, Plaza Kingfisher, Likas Kota Kinabalu