Archive for 14 Mei 2010


BAIK MENGAJI

 

Kami menyambung pengajian bulanan hadith 40 di Surau JPJ, Jalan Bundusan Penampang malam ini.

Ini kali ke-3 kami mengadakan kuliah bulanan ini. Dalam kuliah terdahulu, kami baru membincangkan hadith pertama dan kedua. Yang pertama tentang niat dan hijrah dan yang kedua, hadith rukun agama.

Malam ini, sempat juga membincangkan tentang 3 buah hadith. Hadith 3, 4 dan 5. 

Sebelum petang tadi, saya ada bertanya sdr Effendy yang menjadi urusetia, adakah kuliah akan berlangsung seperti biasa atau ditunda? Katanya, confirm kuliah diteruskan. 

Yang hadir malam ini cuma 7 orang termasuk seorang muslimat.

“Ustaz, malam ni ramai mengaji depan tv, sebab ada Piala Thomas, Malaysia vs China”.

Kuliah kami dan solat isyak selepasnya berakhir jam 8.30 malam. Jamuan selepasnya, kami berada di hadapan tv. Ketika itu, Malaysia sudah ketinggalan 2-0.

“Nasib baik kita mengaji, dapat juga ilmu. Depan tv, habis pemain kena maki, kena kutuk! Kalau kita duduk sama, kita pun sumpah diorang sama”.

***

Teringat lagi, pada 1992 saya masih tingkatan 1 di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah. Mei 1992, mencatat sejarah Malaysia menang Piala Thomas.

Apa kerja kami ketika itu? Surau asrama putera kami mengadakan solat hajat, minta Malaysia menang Piala Thomas. Ustaz Mustafa menjadi imamnya.

Kebetulan tv pula berada di surau yang sama, cuma di belakang dan membelakangi kiblat. Selepas solat hajat, pakat-pakat tengok badminton Piala Thomas. Takdirnya, Malaysia menang.

 

Sudah lebih setahun kuliah ini berjalan di bilik kuliah Masjid Negeri Sabah.

Ia diadakan setiap minggu setiap selasa malam rabu, jam 8.30 hingga 9.30 malam. Selain kuliah fekah, turut diadakan ialah kuliah tasauf (isnin malam selasa), aqidah (rabu malam khamis) dan tajwid (pagi sabtu).

Bermula april 2009, saya belum menyertainya lagi. Khabarnya bermula dengan kehadiran sekitar 30 orang. Alhamdulillah, berkat inayah Allah SWT, melalui usaha berterusan dan berdikit-dikit, kini saya melihat pertambahan sekali ganda sehingga melebihi 60 orang.

Ada rakan-rakan yang menghantar sms setiap kali kuliah akan berlangsung, menjemput orang ramai hadir ke kuliah berkenaan. Tidak kurang promosi lewat facebook masing-masing juga.

Yang menarik, selain graf kehadiran yang semakin menaik, peserta yang hadir juga mewakili pelbagai peringkat umur. Tidak benar dikatakan yang hadir hanya orang tua dan pencen sahaja. Ada remaja, ada belia. Ada golongan profesional dan ada penjawat awam. Ada pegawai bank, peguam, ahli korporat dan bermacam rupa lagi.

Bagi yang bersungguh hadir dan menjadikan kuliah ini sebagai rutin dan jadual hariannya, tetap bergegas hadir meski belum sempat pulang ke rumah dengan pakaian ke pejabat. Inilah namanya nikmat dan kelazatan belajar dan menadah kitab.

Teringat hadith Nabi SAW : “Sesiapa yang Allah SWT kehendaki mendapat kebaikan, orang itu akan difahamkan dalam soal agama”. Semoga yang hadir itu termasuk orang yang mendapat kebaikan. Amin.

%d bloggers like this: