Archive for 12 Mei 2010


KARAOKEKAN BAPAK!

 

Nabi kata, orang mati tidak boleh beramal lagi. Yang ada hanya 3. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya. Ketiga-tiganya boleh sampai kepada orang yang sudah mati pahala dan doanya.

Sedekah jariah ertinya sedekah yang mengalir pahalanya kepada orang yang bersedekah, walau ia sudah meninggal dunia. Selama barang sedekahnya masih dimanfaatkan, pahalanya tetap sampai kepadanya.

Ilmu yang bermanfaat ertinya sebarang ilmu yang diamalkan oleh orang yang diajar. Selama ia diamalkan, pengajar dan pelajarnya mendapat manfaat bersama. Bayangkan pula ilmu itu turun kepada orang lain, dan turun lagi dan turun lagi.

Anak soleh yang mendoakan untuknya. Anak soleh ertinya sesiapa sahaja yang bergelar anak mendoakan orang lain sama ada bapanya, anaknya atau orang lain, kerana sunnatullah bukannya bapa mesti mati dahulu daripada anak. Kalau seorang anak mati dahulu, sudah tentu bapanya tetap boleh mendoakannya.

Tetapi sudah tentu yang paling utama ialah seorang anak yang mendoakan orang tuanya.

Namun sebelum seorang anak itu diharap mendoakan ibu bapanya, sudah tentu menjadi kewajiban orang tua mengajar anaknya tentang perkara-perkara fardhu ain seperti solat, mengaji al-Quran dan seumpamanya, ataupun menghantarnya belajar dengan seorang guru.

Bagaimana seorang bapa mengharapkan doa anak-anaknya, jika ahli keluarga tidak pernah diajar solat, tidak tahu tilawah al-Quran. Yang biasa diajar dan diteladani anak ialah karaoke yang menjadi cara hidup si bapa dan si ibu.

Jadi, oleh kerana di rumah tidak pernah solat, mengaji al-Quran, wasiatkan saja anak-anak begini :

“Nak, nanti kalau bapa mati, jangan lupa selalu ziarah kubur bapa. Di sana nanti, jangan lupa karaokekan bapa. Bapa mesti gembira dan tidak kesunyian di sana. Opss, lagu duet Hail Amir dan Uji Rashid yaa nak. Bapa minat tu..”

Amacam? Boleh?

Kerajaan lulus judi bola sepak Piala Dunia

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir.

***

Menurut sahabat saya yang menghadiri satu seminar kualiti anjuran SEDCO diadakan di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu semalam, Pengarah IKIM, mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan itu sebagai bodoh!

Tempohari, ketika kempen PRK Hulu Selangor, mati-matian BN kata Datuk Zaid Ibrahim adalah peminum arak dan ada lumba kuda. Hari ini, Allah SWT zahirkan dengan kenyataan menteri kerajaan sendiri betapa mereka pro kepada maksiat. Malaysia Boleh!

Rasanya, inilah hadiah mereka sempena ulangtahun UMNO ke-64 yang disambut pada 11 Mei.

Ulasan saya dan ramai orang : Lesenkan dan halalkan saja dadah, pelacuran, arak, pembunuhan, rogol dan lain-lain jenayah. Sebab yang sama dengan hujah bodoh menteri itu : Walaupun ada undang-undang, orang tetap menagih dadah, mengedar dadah, melacur, membunuh, merogol dan lain-lain. 

Kalau ada lesen mengedar dadah, senang kerajaan pantau siapa edar dadah. Kalau ada lesen menagih dadah, senanglah kerajaan kawal penagih dadah. Kalau ada lesen melacur, senanglah kerajaan pantau para pelacur dan mak bapa ayam.

Begitulah gamaknya. Kenapa la kita ada menteri @#%*%$#*@&?/.

Khabarnya ketika PRU 12 pada 2008 tempohari, inilah dahulu bekas bakal Menteri Besar Kelantan, konon-konon kalau mereka menang dan berjaya merampas Kelantan. Bertanding pula di parlimen dan DUN sekaligus.

Akhirnya, Awang pun kalah, Adek pun kalah. Mujurlah.

%d bloggers like this: