Anak-anak arnab semakin membesar. Bulunya cantik dan tubuhnya sihat. Buat masa ini ada empat ekor kesemuanya. Keempat-empatnya nampak selesa tinggal di kawasan bertanah.

Kini umurnya mencecah lebih 2 minggu. Masih menyusu badan dengan ibunya lagi. Mungkin seminggu dua lagi, bolehlah mereka bercerai susu ibu.

Arnab pun tahu khasiat dan kelebihan susu ibu. Gambar ini boleh dijadikan kempen susu ibu yang termasuk menjadi sebahagian usaha Kementerian Kesihatan. Kepada ibu-ibu, termasuk ibu arnab di atas, selamat hari ibu. Bulan depan boleh beranak lagi.