Archive for 5 Mei 2010


Hujung minggu lalu, dua kali kami singgah di deretan gerai-gerai tepi jalan di Kampung Salut.

Sekali dalam perjalanan kembali ke Mimpian Jadi setelah lawatan ke ladang ternakan kambing bersama sahabat-sahabat, dan kali keduanya sejam kemudian dalam perjalanan pulang bersama isteri dan anak-anak pula.

Puding kelapa dan beberapa jenis puding lain seperti jagung, pandan menjadi tarikan selain lokan dan air kelapa. Sedap juga lokan yang dijual apabila dicicah dengan ladanya. Nampaknya anak-anak pun suka.

Cuma pada pemerhatian santai saya, pihak berkuasa perlu meninjau dan membantu bagi membina premis-premis yang lebih baik. Bantuan perlu dihulurkan kerana tempat ini menjadi persinggahan pelancong domestik dan luar negara untuk merasa juadah yang disediakan.

Tandas yang disediakan di sini boleh dijadikan sebagai contoh (gambar bawah sekali).

 

Tandas untuk kencing sahaja.

Tarikh : 7 Mei 2010 (Jumaat)

Masa : 8.00 malam (Solat Isyak berjamaah)

Tempat : Surau Riyadhus Solihin Taman Austral, Kepayan

Urusetia : Ust Mad Suaid (019-8121621)

Umat Islam dijemput hadir.

%d bloggers like this: