Sekitar jam 11 pagi ahad, kami melawat sebuah projek ternakan haiwan yang diusahakan oleh seorang sahabat di pinggir Kota Kinabalu.

Yang terbesar ialah kandang kambingnya sehingga kini terdapat hampir 100 ekor kambing pelbagai saiz dan umur. Umum mengetahui bahawa menternak kambing adalah sunnah Rasulullah SAW dan sunnah para Nabi.

Aturan yang ditetapkan oleh Allah SWT, Rasulullah ditarbiah untuk menternak kambing yang tidak berakal, sebelum suatu ketika baginda mentarbiah umatnya pula menurut manhaj yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Kami kemudiannya beralih pula ke reban lain yang menternak ayam, itik, burung merpati dan arnab. Juga beberapa kolam ikan keli yang sudah diusahakannya beberapa tahun lalu. Oh ada lagi dua ekor kuda yang berumur setahun.

Melihat ternakan ayam dan arnabnya – walaupun belum banyak – saya sendiri mendapat idea-idea yang baik khususnya untuk ayam dan arnab yang terdapat di sebelah rumah kami.

Semoga usaha sahabat ini berjaya dan dirahmati Allah SWT.