Archive for 4 Mei 2010


TERNAKAN

Sekitar jam 11 pagi ahad, kami melawat sebuah projek ternakan haiwan yang diusahakan oleh seorang sahabat di pinggir Kota Kinabalu.

Yang terbesar ialah kandang kambingnya sehingga kini terdapat hampir 100 ekor kambing pelbagai saiz dan umur. Umum mengetahui bahawa menternak kambing adalah sunnah Rasulullah SAW dan sunnah para Nabi.

Aturan yang ditetapkan oleh Allah SWT, Rasulullah ditarbiah untuk menternak kambing yang tidak berakal, sebelum suatu ketika baginda mentarbiah umatnya pula menurut manhaj yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Kami kemudiannya beralih pula ke reban lain yang menternak ayam, itik, burung merpati dan arnab. Juga beberapa kolam ikan keli yang sudah diusahakannya beberapa tahun lalu. Oh ada lagi dua ekor kuda yang berumur setahun.

Melihat ternakan ayam dan arnabnya – walaupun belum banyak – saya sendiri mendapat idea-idea yang baik khususnya untuk ayam dan arnab yang terdapat di sebelah rumah kami.

Semoga usaha sahabat ini berjaya dan dirahmati Allah SWT. 

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) mempelawa mereka yang berminat untuk mengisi SEGERA kekosongan jawatan-jawatan tetap berikut di ibupejabat PUM Pusat di Seksyen 7, Shah Alam :

 

1. Pembantu Penerbitan / Editor

2. Grafik Design / Pereka Grafik

3. Pembantu Penyelidik / Penyelidik

4. Pegawai Dakwah

5. Kerani

Syarat Permohonan :

1. Terbuka kepada lelaki dan wanita. Pemohon mestilah berumur 26 tahun ke bawah.

2. Kelulusan minimum SPM dan/atau ke atas.

3. Mempunyai kemahiran dan berminat untuk jawatan-jawatan yang dipohon. Bagi Pereka Grafik mempunyai kemahiran dalam penggunaan perisian grafik komputer.

4. Mahir berbahasa Melayu dan/atau English/Arab.

5. Berperwatakan baik dan memenuhi ciri-ciri muslim/muslimah.

6. Pengalaman kerja tidak disyaratkan, tetapi boleh membantu sebagai sokongan. 

Pemohon dikehendaki menghantar resume melalui email / faks dengan menyatakan jawatan dan gaji yang dipohon kepada :

Persatuan Ulama’ Malaysia

Alamat email : pumpusat@yahoo. com

No. Faks : 03-55416370 

Atau hubungi untuk urusan temuduga :

En. Baharom (019-379 9101)

Sdra. Azmi (013-384 0710)

Persatuan Ulama’ Malaysia, 14B, Jalan Plumbum P7/P, Pusat Bandar Seksyen 7, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

http://www.e-ulama.org/

http://ulamadaily.blogspot.com/

%d bloggers like this: