Agaknya, sudah lama saya tidak bersantai dengan keluarga di pantai seindah Tanjung Aru ini. Pantainya sentiasa meriah dengan kunjungan orang ramai khususnya hujung minggu dan cuti umum.

Seperti biasa, musim cuti sebegini pantai Tg Aru menjadi pilihan masyarakat terutama penduduk sekitar bandaraya. Kenderaan beratur dan parkir sepanjang bahu jalan dan masing-masing dengan aktiviti santai mereka.

Kami datang untuk acara santai bersama keluarga besar sebelah isteri untuk cuti hujung minggu sekaligus meraikan ulangtahun ke-9 anakanda Farah Najihah, anak along dan cucu sulung atok dan nenek puan.

Dalam tempoh 9 tahun lalu, keluarga ini sudah mempunyai putera puteri hensem dan comel seramai 16 orang. Farah yang sulung dan Naim yang terkini baru berumur 3 minggu.

Mudah-mudahan mereka semua menjadi anak yang soleh dan solehah, berbakti untuk orang tua dan agama ini. Amin!