Archive for 1 Mei 2010


(Ust Musally (kanan sekali) bersama isteri dan anak perempuannya di LTAKK. Dua anak saya – Nuha dan Hadi turut bergambar bersama)

Jam 11.30 pagi saya sekeluarga sempat singgah sebentar ke LTA Kota Kinabalu.

Tujuannya untuk menghantar dan mengucap selamat jalan atas keberangkatan pergi Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Penyelidikan & Informasi JHEAINS ke Mesir.

Ustaz Musally Moksin adalah ketua di bahagian saya bertugas yang biasa kami semua – anak-anak buahnya – memanggil dengan gelaran ‘Cip’. Nama beliau dipilih oleh Datuk Pengarah JHEAINS untuk menyertai kursus dakwah dan fatwa selama 3 bulan bersama-sama 13 ahli rombongan seluruh negara.

Mudah-mudahan beliau selamat di sana dan mendapat segala yang diharapkan sepanjang keberadaan di bumi tarbiyyah dan bersejarah itu. Harap-harap balik dengan bekalan ilmu, maklumat dan pengalaman yang berharga untuk perkongsian bersama.

 

Dan katakanlah (wahai Muhammad) : Bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan), Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” (at-Taubah : 105)

Bekerjalah dan beramallah kerana Allah, bukan kerana Malaysia, bukan kerana Perdana Menteri, bukan kerana Ketua Menteri, bukan kerana majikan, bukan kerana bapa, bukan kerana bapa mertua, bukan kerana menantu.

Kerana mereka semua tidak boleh memberi pahala kepada kita. Gaji atau elaun yang kita terima semuanya rezeki daripada Allah SWT. Hanya Dia sahaja yang boleh memberi pahala dan ganjaran sewajarnya..

%d bloggers like this: