No Akaun Maybank : 110 144 258 219

Namanya Md Fazri Ansun, 21 tahun berasal dari Kg Lohan Ranau. Fazri adalah tamatan Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah tahun 2010 dengan memperolehi diploma tahfiz JAKIM yang baru lalu.

Bapa Fazri, Ansun @ Jahasin Yandarang, 70 tahun adalah pesara pekebun sekolah dan petani kampung. Beliau kini terlantar sakit di rumah, menderita penyakit buah pinggang. Sementara ibunya, Saimah Salimbot, 66 tahun seorang suri rumah sepenuh masa.

Fazri adalah anak bungsu dari 12 adik beradik ( 8 lelaki dan 4 perempuan). Hanya tiga daripada abang-abangnya bekerja sebagai kakitangan awam sementara yang lain bekerja sendiri seperti pengawal keselamatan, petani kampung dan suri rumah.

Salah seorang abangnya, Sapinin Jahasin adalah imam qaryah di Masjid al-Amal Kg Luanti Ranau sejak 2009. Masjid berkenaan pernah mendapat perhatian Yayasan Amal Malaysia melalui projek khas mereka bersama JAKIM Sabah pada tahun 2007.

Fazri kini dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke Maahad Qiraat al-Azhar, Shoubra Kaherah Mesir september akan datang. Blog Abu Nuha Corner merayu sokongan dan sumbangan umat Islam untuk membiayai pengajian beliau selama 3 tahun di sana.

Dalam tempoh terdekat, saya akan menyertakan nombor akaun bank beliau untuk maklumat dan tindakan lanjut. Buat masa ini, Fazri bertugas di Masjid Negeri Sabah sebagai imam rawatib.

Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan akan menyemarakkan lagi dunia dakwah di Sabah yang masih kekurangan para penghafaz al-Quran al-Karim.

(Permohonan mendapatkan sumbangan pendidikan ini disokong oleh PPTA JHEAINS Ranau dan Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah seperti surat yang dilampirkan kepada saya).