Archive for 25 April 2010


SEKADAR BATANGAN

Apakah yang bermain di kepala saat membaca nama jalan ini? Tersenyum? Tersengih? Sinis? Hairan? Biru? Kuning? Oren? Kelabu?

Nama jalan ini terletak di daerah Tuaran, berdekatan jalan masuk menuju Masjid Daerah. Ada sesiapa tahu sejarahnya?

Pagi sabtu, saya bergerak ke Masjid Daerah Tuaran mengisi satu slot dalam program Kem Remaja Islam (KRIS) anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Tuaran.

Saya dimaklumkan bahawa program ini bermula pada petang jumaat lagi. 

Saya diamanahkan mengisi kuliah dasar ke-2 bertajuk ‘Ibadah Dalam Kehidupan Muslim’ di hadapan 150 peserta yang terdiri daripada pelajar terpilih di sekolah-sekolah menengah daerah ini.

Saya sebenarnya teruja mengisi program di sini memandangkan keadaan pengimarahan masjid dan surau yang agak perlahan di daerah ini. Mudah-mudahan kebangkitan anak-anak muda Tuaran ini akan melahirkan generasi pelapis yang berpegang dengan ajaran Islam.

Walaupun ibadah itu sesuatu yang sangat luas konsep dan pelaksanaannya, namun pengimarahan masjid dan surau adalah salah satu manifestasi yang jelas terhadap institusi mulia ini yang biasanya dianggap destinasi untuk golongan pencen sahaja.

Penggerak utama PSS Tuaran ini tidaklah saya kenali namun saya membaca dan  mengikuti perkembangan mereka serba sedikit melalui rakan-rakan dan blog, dan menurut pemerhatian saya mereka begitu aktif dan bersemangat sekali.

Terima kasih kepada yang mengundang saya, khususnya Sdr Ahmad Nur Zharif, Zaiton Mohammad Sanusi, Mohamad Afiq Johari dan semua urusetia serta adik-adik peserta. Teruskan usaha kalian.

%d bloggers like this: