Insya Allah, aktiviti Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah akan dimaklumkan di sini dari semasa ke semasa.

Selain aktiviti Syukbah Dakwah secara khusus, aktiviti Masjid Negeri secara umum juga akan dimaklumkan sekiranya ada keperluan dan dalam pengetahuan kami.

Dinamakan FB Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah kerana Syukbah Dakwah adalah antara syukbah yang aktif dan terpenting dalam Jawatankuasa Masjid Negeri Sabah.

Sepanjang pengetahuan saya, Masjid Negeri Sabah juga ada FB sendiri sejak februari lalu. Namun oleh kerana saya tidak berada dalam organisasi pentadbiran masjid dan bukan wargakerja masjid, saya tumpukan perhatian kepada Syukbah Dakwah dimana saya sebagai ahlinya.

Antara aktiviti yang akan dipaparkan ialah perkembangan kuliah bimbingan agama yang diadakan pada isnin, selasa, rabu dan sabtu; kursus-kursus tahsin solat dan lain-lain program yang akan diadakan oleh Syukbah Dakwah pada masa hadapan.

Ini sebahagian bantuan dan kerja sukarelawan bagi menyebarkan dakwah kepada masyarakat setempat. Yang ada Facebook, taip Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah. Terima kasih atas sokongan semua.