Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). Hari itu manusia berdiri menghadap Tuhan sekalian alam”. (al-Muthoffifin : 1-6)

Peniaga kecil menipu secara kecil-kecilan.  Ahli korporat menipu dengan cara keparat. Namun sedikit atau banyak, akibatnya sudah tentu tidak berkat.

Gambar sekadar hiasan.