Dengan sedikit rezeki yang Allah SWT kurniakan, ketika di Tanah Suci tempohari jubah Arab untuk muslimah yang dipanggil abaya ini sempat saya belikan.

Tidak dapat membeli untuk kesemua ahli keluarga, namun buat kakak-kakak biras dan anak-anak perempuan, inilah hadiahnya. Saya baru paparkan catatan ini sebab hari ini barulah semua hadiah kiriman dapat diserahkan.

Gambar anak-anak – Nuha, Farah dan Hana menggayakan jubah abaya.