Sesiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup :

1) Sesiapa yang suka duduk bersama orang kaya, Allah SWT akan menambah kecintaan orang tersebut kepada dunia dan keinginan kepadanya;

2) Sesiapa yang suka duduk bersama orang miskin, Allah SWT akan jadikan bagi orang tersebut suka bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah;

3) Sesiapa yang suka duduk dengan sultan (pemerintah negara), Allah SWT akan menambah kepada orang tersebut sikap kasar dan sombongnya;

4) Sesiapa yang suka duduk dengan perempuan, (bukan mahram) Allah SWT akan menambah untuk orang tersebut sifat bodoh dan syahwatnya;

5) Sesiapa yang suka duduk bersama kanak-kanak, Allah SWT akan menambah untuk orang tersebut suka bermain-main dan bersenda gurau;

6) Sesiapa yang suka duduk dengan orang fasiq, Allah SWT menambah di dalam diri orang tersebut berani berbuat dosa dan menunda-nunda taubat;

7) Sesiapa yang suka duduk dengan orang-orang soleh, Allah SWT akan menambah di dalam diri orang tersebut keinginan untuk taat;

8) Sesiapa yang suka duduk dengan para ulama’ maka Allah SWT akan menambah ilmu dan waraknya.