Archive for 6 April 2010


KEIMANAN POKOK

Petikan dari : http://akhisalman.blogspot.com/

KEIMANAN POKOK

Ibnu Umar RA berkata : Kami bermusafir bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang Arab Badawi menghampiri kami. Nabi SAW bertanya : “Kamu hendak kemana?”

Lelaki badawi menjawab : “Aku hendak berjumpa dengan ahli keluargaku”.

Nabi saw bertanya lagi : “Kamu hendak kebaikan?”

Lelaki tadi menjawab : “Apa dia?”

Nabi SAW menjawab : تشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله

“Kamu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah yang esa dan tiada sekutu bagiNya. Sesungguhnya Muhammad hambaNya dan pesuruhNya.”

Lelaki tadi bertanya : “Siapa yang menyaksikan kebenaran apa yang kamu katakan?”

Nabi SAW menjawab :  هذه الشجرة السمرة

“Pohon Samurah (sejenis pokok ) ini.”

Pokok itu berada di persisiran lembah. Lalu ia begerak menyeret tanah sehinggalah ia berada di hadapan Nabi SAW. Nabi SAW pun memintanya penyaksian terhadap kalimah tauhid sebanyak 3 kali. Pokok itu pun melakukan seperti yang diminta Nabi SAW. Kemudian dia kembali ke tempat asalnya.

(HR ad-Darimi, Ibnu Hibban, Abu Ya’la dan Thabrani dengan sanad yang sahih).

KEPATUHAN POKOK

Jabir ra menceritakan :

Suatu hari Rasulullah SAW hendak membuang air dan tidak ada tempat untuk melindungi dari pandangan manusia. Tiba-tiba baginda perasan terdapat dua pokok di persisiran lembah. Nabi SAW pun pergi kearah salah satu pohon itu dan memegang dahannya. Nabi saw berkata : انقادي علي بإذن الله

“Hendaklah kami patuh kepadaku dengan izin Allah”.

Lalu pohon itu patuh kepada Nabi SAW seperti mana unta yang dicucuk hidung patuh kepada tuannya. Nabi juga melakukan perkara yang sama dengan pohon yang kedua. Nabi SAW pun berkata kepada keduanya : التئما علي بإذن الله

“Hendaklah kami bercamtum dengan izin Allah”. Lalu keduanya pun bercamtum.

(Hadis Sahih riwayat Muslim).

KERINDUAN POKOK

Hadis daripada Anas bin Malik RA :

“Sesungguhnya Nabi SAW berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di Masjid Nabi. Nabi SAW berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata :

“Adakah kamu hendak aku buatkan mimbar yang boleh kamu duduk di situ dan ianya seumpama kamu berdiri?”

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditingkat yang ketiga.

Apabila Nabi SAW duduk di atas mimbar, pokok itu menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini bersedih kerana Rasulullah SAW meninggalkannya. Lalu Rasulullah SAW turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi SAW. Kemudian Nabi SAW bersabda :

أما والذي نفس محمد بيده لولم ألتزمه لما زال هكذا إلى يوم القيامة حزنا على رسول الله

“Demi tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah SAW”.

(Hadis riwayat Bukhari – sahih)

Hasan al-Basri akan menangis setiap kali meriwayatkan hadis ini. Beliau berkata :

“Kayu merengek kepada Rasulullah SAW kerana rindukan baginda SAW lantaran kedudukan baginda. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasulullah SAW”.

Bertempat di bilik VIP Masjid Negeri Sabah berlangsung Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Peringkat Saringan Akhir selama dua hari. Hari ini dan esok.

Sebagaimana sistem yang mula dilaksanakan tahun lepas, johan-johan qari dan qariah MTQ di peringkat daerah dan kementerian yang melepasi markah 70 peratus layak untuk menyertai MTQ Peringkat Saringan Akhir ini.

Dalam majlis ini, MTQ akan mencari 8 peserta terbaik – 4 qari dan 4 qariah.

Pada hari pertama, seramai 28 peserta memperdengarkan bacaan. Qari dan qariah terbabit merupakan johan qari qariah di daerah sekitar Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Pedalaman Bawah dan Pedalaman Atas.

Sementara itu, kepercayaan yang diberi buat pertama kali kepada saya sebagai salah seorang hakim tajwid cukup mendebarkan. Ini kerana saya dikelilingi oleh hakim-hakim MTQ Negeri yang lebih berpengalaman.

Seramai 10 orang hakim termasuk ketua mengadili MTQ ini. Bahagian Tajwid dihakimi oleh Datuk Hj Asmali Bachi al-Hafiz, Ust Adam Abd Hai al-Hafiz dan saya sendiri. Bahagian Fasahah dihakimi oleh Ust Hamdani Omar dan Ust Hj Jasri Johor.

Bahagian Lagu dihakimi oleh Datuk Hj Mokhtar Rapok al-Hafiz dan Ust Hj Parmin Sahlan. Bahagian Suara dihakimi oleh Ust Yusuf Ali dan Ust Hj Madli Mansor.

Ust Hj Pg Omar Pg Gana bertindak sebagai Pengerusi Jamaah Hakim.

Terpilih menjadi hakim MTQ bersama hakim yang lebih berpengalaman dan menghakimi peserta yang berkualiti adalah suatu kesempatan yang sangat berharga.

Kesempatan ini Allah SWT berikan kepada saya melalui JK Penghakiman setelah Ust Hj Imran Anggun menarik diri beberapa hari lalu. Terima kasih atas kepercayaan itu.

%d bloggers like this: