Archive for 3 April 2010


Apabila ada kematian berlaku, inilah antara ayat standard yang akan diucapkan antara satu sama lain, khususnya kepada mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan orang yang telah meninggal dunia.

“Sabarlah.. walaumacamanapun, kehidupan mesti diteruskan. Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup mesti meneruskan kehidupan..”

Secara umumnya, tiada yang salah tentang kenyataan itu. Ia salah satu bentuk ayat kita memberi semangat kepada mereka yang terlalu bersedih dengan kehilangan orang yang dikasihi.

Kadang-kadang manusia begitu lemah dan longlai menghadapi kenyataan musibah yang menimpanya apatah lagi kehilangan mereka yang tersayang. Jadi keluarlah kenyataan seumpama ini.

Hidup mesti diteruskan.. Ya tapi kehidupan yang bagaimana?

Meneruskan kehidupan caca marba, maksiat, ingkar perintah Allah SWT? Tudung yang menutup kepala hanya saat menziarah mayat yang terbujur. Namun keluar saja dari zon sedih itu, ia kembali meneruskan kehidupan asalnya.

Waktu sedih pula hanya sehari dua. Kemudian ia kembali gelak ketawa dalam maksiatnya, hiburan melampau dan hidup penuh kepalsuan dan kepura-puraan, kerja-kerja mungkar dan fasik tidak berkesudahan. Langsung tiada penyesalan dan kesungguhan untuk berubah.

Kemudian berlaku lagi kematian. Ayat dan ungkapan yang sama diulang. “Hidup mesti diteruskan..” (Baca : Teruskan dengan maksiat macam biasa).

Kata Ust Dato’ Ismail Kamus : “Jangan menjadi seperti anak ayam yang dijual di pasar. Seekor demi seekor diambil dan dijual oleh penjualnya. Kata anak ayam yang tinggal : “Dia saja kena, kita tak kena..” Lama-lama habis ayam sebakul”.

Cukuplah kalau kita bayangkan mayat yang terbujur itu adalah diri kita sendiri. Janganlah dipermain-mainkan ungkapan ‘hidup mesti diteruskan’ itu.

Kenyataan ini tidak saya khususkan kepada orang tertentu. Namun semua kita harus mengambil pengajaran. Bukankah kematian itu satu pengajaran yang sangat berguna?

Jujurnya, sesi kali ini amat memenatkan.

Setiap kami bermula khamis malam jumaat hingga pembahagian terakhir malam ini menyemak sebanyak 42 juzu’ seorang. Walaubagaimanapun, amanah yang diberi selaku ahli lajnah tashih mesti diselesaikan sebelum mesyuarat berakhir.

Bahan yang terlalu banyak dan ahli lajnah yang hadir hanya 29 orang berbanding 35 ahli keseluruhannya.

Ada di kalangan sahabat ahli lajnah menghabiskan semakan sehingga jam 2-3 pagi, ada yang menyambung semakan di bilik setelah sesi menyemak berakhir pada lewat malam.

Dalam pemerhatian ini, kami menyaksikan Dato’ Hj Salahuddin Omar sudah menyelesaikan semakan sebanyak 30 juzu’ pada petang jumaat lagi.

Dalam kesibukan menyemak al-Quran, saya bersama beberapa sahabat sempat bertemu dengan seorang ahli kumpulan nasyid INTEAM, Sdr Abd Rahim Osman di Hotel UNITEN.

Ikatan persahabatan dan persaudaraan terjalin, sembang perkenalan menjadi topik cerita, beliau menghadiahkan saya sebuah CD Marhaban & Barzanji. Terima kasih.

%d bloggers like this: