Baqi’ ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jamaah haji atau umrah.
Rasulullah SAW sering menziarahi perkuburan Baqi’, baginda mengucapkan salam, berdoa memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan di situ.
Perkuburan Baqi’ terletak di sebelah tenggara (kiri) Masjid Nabawi. Kini ia dilingkungi oleh pagar yang tinggi. Waktu melawatnya ialah selepas solat subuh dan selepas solat asar. Selain waktu itu, pengunjung dibenarkan masuk sewaktu ada janazah yang hendak dikebumikan.
Walaubagaimanapun kebenaran hanya diberikan kepada kaum lelaki sahaja.
Imam Malik meriwayatkan bahawa kira-kira 10 ribu sahabat yang meninggal dunia dikebumikan di Baqi’ ini. Di antara mereka termasuklah keluarga Rasulullah SAW seperti Fatimah binti Rasulullah, Hasan bin Ali, Abbas bin Abdul Muttalib, Jaafar as-Sodiq, Ruqayyah binti Rasulullah, Ummu Kalthum binti Rasulullah, Zainab binti Rasulullah dan Ibrahim bin Rasulullah SAW.
Begitu juga para isteri baginda seperti Aisyah binti Abu Bakar, Sauda binti Zam’ah, Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah binti Abu Umayyah, Juwairiyyah binti al-Harith, Ummu Habibah, Safiyyah binti Huyai dan Zainab binti Jahsyh.
Antara sahabat terkemuka yang dikebumikan di kawasan ini ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Fatimah binti Asad (ibu Sayyidina Ali), Sayyidina Uthman bin Affan, Abu Said al-Khudri, Saad bin Muaz, Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain Radhiyallahu anhum ajma’in.
Pagi isnin (15 Mac 2010), saya sempat masuk menziarahi kawasan perkuburan ini bersama ribuan umat Islam yang lain, berdoa kepada Allah buat mereka yang telah mendahului kita.
Saya turut ambil maklum, antara yang dikebumikan di sini baru-baru ini ialah Sheikhul Azhar yang kembali kerahmatullah, Dr Muhammad Sayyid Tantawi RH.
sy pnh sampai sini.. tp lelaki ja y boleh masuk.. berdoa dari luar perkuburan ja.. ada seorang pak Arab datang membacakan doa.. sy dgn sorang lg sahabat mengaminkan doa y dibaca.. ermmm..still remember…insyaAllah ade peluang n rezeki akan pergi lagi…amin
Assalamualaikum ustaz… yg dlm gambar tu ustaz syahrulnizam ka?
ya…
As salammualaikum ustaz..
Boleh pinjam beberapa gambar tak di bawah post perkuburan Baqi’ ni? Untuk dimuatkan dalam catatan umrah saya.Saya tak dapat ambil gambar masa tu di sini.Saya aka creditkan blog Ustaz.Boleh ke? Terima kasih.
Assalamualaikumwarahmattullahwabarakatuh. Ustaz bila melihat gambar kawasan perkuburan ini sayu jiwa sebab ayahanda saya HABIB MAGARIBI BIN HABIB BARAHIM BIN HABIB ZAILANI baru wafat di sana pada 17 Oktober 2011 semasa melaksanakan ibadah haji bagi tahun 2011 ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’. Alfatihah… untuk ayahanda saya. Semoga ALLAH sat merahmati ayahanda saya dan menempatkannya bersama golongan muqarrabin dan para tabi’in. Amin…