Jam 3.45 pagi waktu Chennai India kami bertolak ke Sharjah, UAE. Sharjah atau dalam bahasa Arabnya Syariqah kami datangi dengan penerbangan Air Arabia.

Ada sedikit lebih baik perhidmatan Air Arabia berbanding MAS. Air Arabia setahu saya tiada hidangan arak dan penerbangan dimulakan dengan doa musafir yang diaminkan bersama oleh para penumpang.

Perjalanan dari Chennai mengambil masa 2 jam setengah sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah. Di Sharjah, kami singgah selama 9 jam dan dibenarkan keluar dari bangunan Lapangan Terbang.

Sebahagian besar sahabat rombongan mengambil kesempatan bersiar sebentar di bandar Sharjah, sementara saya dan beberapa yang lain memilih untuk berada di sekitar Lapangan Terbang sahaja.

(Sebenarnya keletihan, hendak tidur dan mengumpul tenaga).

Sebelum berangkat, Ust Muhasibi belanja makan tengahari di dalam bangunan lapangan terbang dengan menu nasi basmati berlaukkan ayam dan jus oren jumlahnya sebanyak 30 dirham (lebih kurang RM30.00) seorang.

Penerbangan berikutnya kami bertolak ke Madinatur Rasul SAW dari Sharjah pada jam 2.55 petang waktu UAE dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah jam 5.00 petang.

Sebelum mendarat, tilawah saya berakhir di hujung Surah Yunus (juz 11).

(Gambar-gambar Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah)

Bandar Sharjah

bersambung…

Advertisements