Archive for 18 Mac 2010


Buku yang sudah dibaca :

Penulis : Hj Abdul Malik

Penerbit : Darul Nu’man

Harga : RM10.00

Ada orang menganggap, bahawa hidup Rasulullah SAW hanya penuh dengan ketegasan dan keseriusan; tidak henti dengan peperangan demi peperangan. Sedangkan hakikatnya, baginda tidak suka membiarkan sesuatu urusan hidupnya dengan penuh ketegangan sepanjang masa.

Buku ini memaparkan beberapa kisah gurauan baginda bersama ahli keluarga dan para sahabatnya.

Pagi ini dijadualkan Mesyuarat JK Pelaksana MTQ Peringkat Negeri Sabah.

Dalam pembahagian tugas sebelum ini, saya diamanahkan membuat kertas konsep bagi MTQ berkenaan. Antara perkara yang perlu diambil berat dalam MTQ ialah berkenaan beberapa peraturan berikut :

Peringkat Saringan Akhir

1. Saringan Akhir MTQ ke Peringkat Negeri akan diadakan ke atas semua johan Qari dan Qariah di Peringkat Daerah dan Kementerian yang melepasi 70 peratus markah.

2. Saringan Akhir ini diadakan bagi memilih empat Qari dan empat Qariah untuk bertanding ke Peringkat Negeri.

3. Semua Johan Qari dan Qariah Peringkat Daerah dan Kementerian yang layak diminta hadir ke Saringan Akhir ini.

4. Saringan Akhir ini mestilah berakhir 2 minggu sebelum MTQ Peringkat Negeri.

Peringkat Daerah

1. MTQ Peringkat Daerah diadakan untuk memilih Johan Qari dan Qariah Daerah.

2. Hanya Johan Qari dan Qariah MTQ Peringkat Daerah yang melepasi 70 peratus markah layak meneruskan persaingan ke Peringkat Saringan Akhir.

3. Pelaksanaan MTQ di Peringkat Daerah, diserahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan Ahli Jawatankuasa di Peringkat Daerah masing-masing. Sebaik-baiknya didahului dengan pelaksanaan di Peringkat Zon atau Kampung.

4. MTQ Peringkat Daerah mestilah berakhir 2 minggu sebelum Peringkat Saringan Akhir.

5. MTQ Peringkat Bahagian ditiadakan.

Peringkat Kementerian Negeri & Jabatan Persekutuan Sabah

1. MTQ Peringkat Kementerian diadakan untuk memilih Johan Qari dan Qariah Peringkat Kementerian.

2. Johan Qari dan Qariah MTQ Peringkat Kementerian Negeri yang melepasi 70 peratus markah layak meneruskan persaingan ke Peringkat Saringan Akhir.

3. Johan dan Naib Johan Qari dan Qariah MTQ Peringkat Jabatan Persekutuan yang melepasi 70 peratus markah layak meneruskan persaingan ke Peringkat Saringan Akhir.

4. Pelaksanaan MTQ di Peringkat Kementerian Negeri, diserahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan Ahli Jawatankuasa di peringkat kementerian masing-masing. Sebaik-baiknya didahului dengan pelaksanaan di Peringkat Jabatan dan kemudian Peringkat Kementerian.

5. Pelaksanaan MTQ di Peringkat Jabatan Persekutuan, diserahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan Ahli Jawatankuasa di peringkat jabatan persekutuan. Sebaik-baiknya didahului dengan pelaksanaan di Peringkat Jabatan masing-masing dan kemudian di Peringkat Jabatan Persekutuan.

5. MTQ Peringkat Kementerian mestilah berakhir 2 minggu sebelum ke Peringkat Saringan Akhir.

6. MTQ Peringkat Akhir Perkhidmatan Awam ditiadakan.

Selain itu, JAKIM turut mensyaratkan MTQ mulai tahun ini, setiap peserta turut diundiĀ 2 lagu tarannum wajib. Dalam MTQ biasanya dalam tempoh 10 minit, qari dan qariah membawakan 4 tarannum bil Quran. Jadi dua daripadanya adalah tarannum yang diundi.

Insya Allah MTQ Peringkat Negeri tahun ini akan diadakan di Sandakan. Tarikhnya belum dimuktamadkan tetapi dijangka dalam hujung bulan April 2010.

%d bloggers like this: