Archive for 14 Mac 2010


 

1) Madinah sebagai Tanah Haram

Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Makkah, dan aku berdoa untuk keberkatan cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim berdoa untuk Makkah”

2) Amaran melakukan maksiat di Madinah

Sabda Rasulullah SAW : “Madinah adalah Tanah Haram, letaknya di antara Bukit Eir dan Bukit Thur; sesiapa yang melakukan kezaliman, atau melindung orang yang melakukan kezaliman di dalamnya, maka seluruh laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya; semua malan baiknya samaada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah pada hari kiamat”.

3) Bersabar menanggung kesusahan di Madinah

Sabda Rasulullah SAW : ” Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan di Madinah, aku akan berikan syafaat kepadanya pada hari kiamat, atau aku akan menjadi saksi untuknya”.

4) Kelebihan mati di Madinah

Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah”.

5) Kelebihan belajar di Masjid Nabawi

Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya, ia adalah seperti mujahid di jalan Allah, dan sesiapa masuk dengan tujuan lain adalah seperti orang yang melihat kecantikan barang orang lain”.

6) Madinah terpelihara daripada dajjal dan taun

Sabda Rasulullah SAW : “Di setiap pintu masuk Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah”.

7) Madinah sebagai tapak iman

Sabda Rasulullah SAW : ” Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya”

8) Kelebihan solat di Masjid Nabawi

Sabda Rasulullah SAW : “Pahala solat di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada solat di masjid lain kecuali di Masjid al-Haram”.

9) Kelebihan solat 40 waktu di Masjid Nabawi

Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa solat 40 waktu di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya munafik”.

***

Gembiranya, tenangnya, nyamannya, indahnya, berada di bumi Rasulullah SAW…

Penulis : Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman

Penerbit : Darul Ma’thir, Madinah Munawwarah

 

Walaupun tidak bersekolah di sana, saya tetap tumpang bangga. Salah satunya buat Nabilah dan keluarganya. Juga pada guru mereka..

Apa khabar sekolahku..?

%d bloggers like this: