Archive for 8 Mac 2010


Masjid Nurul Iman, Taman Pantai Lok Kawi Kinarut atau lebih dikenali dengan Sabindo ini dikhabarkan beroperasi pada pertengahan 80an, ertinya sekitar 25 tahun lalu.

Nama masjid ini mula saya kenali sekitar 10 tahun kebelakangan dan terkenal dengan program-program ceramah, forum dan sebagainya. Masjid ini juga diketahui mempunyai ramai jamaah pelbagai latar belakang.

Khusus buat masjid ini sebenarnya saya cukup hormati kerana pengimarahan itu dan ramainya para ustaz yang tinggal di sekitar taman ini.

Beberapa tahun lalu, saya pernah khatib di sini. Semasa bertugas di Istana Negeri pula, saya pernah merancang untuk solat Jumaat di sini bersama TYT. Bagaimanapun, terdapat bantahan daripada Pegawai Daerah Papar ketika itu.

Makluman akan kehadiran TYT kepada pengerusi masjid saya sampaikan pada hari isnin sementara bantahan dan pembatalan pula kalau tidak salah dimaklumkan pada hari rabu.

Petang ahad semalam, saya diundang menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul SAW anjuran Hal Ehwal Wanita (HELWA) Masjid berkenaan. Ceramah berlangsung lebih 90 minit berkisar tentang 10 ciri-ciri penduduk syurga yang saya petik daripada surah al-Ahzab, ayat 35.

Tidak kurang 60-70 orang hadir, majoritinya kaum ibu. Insya Allah, menurut ustazah yang memberi reaksi selepas itu, akan ada sambungan pula.

Terima kasih kepada Pengerusi dan JK Masjid serta semua yang hadir.

Dalam soal hiburan, rakyat Sabah dikurniakan bakat sebagai penghibur yang baik dan berkebolehan. Kalau bab menyanyi, orang Sabah sudah pernah mendapat johan atau pemenang 3 teratas.

Akademi Fantasia. Sudah ada yang menjadi johannya, nombor dua dan nombor tiga dalam beberapa musim. Ada Stacy, Felix, Adam, Marsha, Linda, Lotter, Ebi dan lain-lain.

Festival Nasyid Kebangsaan. Daripada sejak tahun 70an sehingga 2009, kumpulan dari Sabah sering dinobat sebagai johannya.

Dalam bab melawak, 2 anak muda Safuan Madeaming dan Mohd Ilham Rusdy yang menamakan diri mereka Kumpulan Kecik malam tadi sudah diangkat sebagai juara Raja Lawak Astro. Alex Ahat pula dapat tempat ketiga.

Pertandingan dan perlumbaan dalam industri hiburan semakin menjadi-jadi. Dulu hanya ada Bintang RTM. Lepas tu Juara Lagu TV3. Sinaran Pasport Kegemilangan. Bintang Klasik. Mentor. My Starz LG. Apa sajalah.

Di dalam masyarakat, pengaruh hiburan terlalu kuat sekali. Dalam majlis perkahwinan, mengadakan hiburan seperti karaoke, kugiran dan tari menari seperti suatu rukun dan wajib.

Kalau dalam soal itu orang Sabah sering menjadi johan, dalam bab mengaji al-Quran, saya masih menanti rakyat Sabah menjadi johannya.

1) Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan.

2) Majlis Menghafaz al-Quran Kebangsaan.

Allahyarham Puan Marlia Muda pernah mendapat tempat ketiga qariah pada tahun 80an dan Cikgu Hj Abdullah Wahid juga tempat ketiga qari pada 2008 & 2009 dalam MTQ Kebangsaan.

Datuk Hj Asmali Bachi rasanya juga pernah mendapat tempat ketiga Majlis Menghafaz al-Quran Kebangsaan pada pertengahan awal 80an.

Kalau kita komen dan kritik industri hiburan yang jelas bertentangan dengan ajaran agama, ramai yang akan melenting dan memandang sinis. Inilah zaman fitnah.

%d bloggers like this: