Archive for 7 Mac 2010


SENYUM BAHASA

Apabila berpeluang mengisi program di kawasan majoriti suku brunei-kadayan, atau bertemu rakan-rakan yang pekat bahasa kedaerahannya,  kadang-kadang saya tersenyum sendirian.

Kalimat-kalimat suku yang sudah lama tidak didengar menjadi bahan ketawa. Maklumlah bahasa sukuan sendiri, yang jarang dipraktik sepenuhnya kerana sudah bercampur dengan bermacam orang. Tambahlah duduk KK ni…

Seminggu sudah pulak pintu rumahku. (Pulak : Patah).

Dari pukul 5 entadi, pajah lampung di rumah. (Entadi : Tadi; Pajah : Padam; Lampung : Lampu).

Patang sudah rumah ani. (Patang : Gelap; Ani : Ini).

Agatah kait piasau atu. (Aga : Pergi; ..Tah : ..Lah; Piasau : Kelapa; Atu : Itu).

Batah jua kau di jamban atu (Batah : Lama / lambat; Atu : Itu).

Cuba unjukkan kudut atu. (Kudut : Pinggan; Atu : Itu)

Sekadar terjemahan bebas tanpa merujuk mana-mana kamus.

KEHILANGAN

1) Ust Bungsu Aziz dan Puan Ofelia kehilangan cahayamata sulung lelaki pada 28 Mac di Kota Kinabalu. Bayi berumur 6 bulan dan hidup selama 3 jam.

2) Sdr Nor Fitri Abdullah dan isteri, yang kini berada di Perlis memperolehi anak kembar tiga. Salah seorangnya meninggal dunia beberapa hari lalu. Mudah-mudahan yang dua lagi sihat dan selamat.

3) Tuan Hj Sunarto Sipin dan keluarga di Kg Lubok Temiang WP Labuan kehilangan anak sulung mereka Nasyriq, berumur sekitar 27 tahun yang kemalangan pagi tadi. Saya terbayang wajahnya kerana dia pemuda yang rajin ke masjid di kampung.

4) Ust Mahari Abu Bakar dan Puan Nurain Lim kehilangan cahayamata kedua semalam. Puan Ain Lim khabarnya bersalin bayi berumur 6 bulan.

Maklumat akan dikemaskini.

%d bloggers like this: