Beliau adalah mantan guru PASTI al-Aqsa Taman Limauan, yang juga pengasas PASTI berkenaan pada awal tahun 2008. Pagi ini beliau disahkan kembali kerahmatullah jam 4.40 pagi ini di Bangi.

Semoga Allah SWT memberikan pahala berlipat kali ganda atas usaha murninya menubuh PASTI berkenaan dan mendidik para pelajarnya. Insya Allah pahala hasil jasanya itu akan terhimpun sebagai amal jariah yang berkekalan.

Abu Nuha Corner sekeluarga mendoakan kebaikan untuknya dan semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada Ust Yusrizal, anak-anak serta seluruh keluarganya. Kesabaran itulah yang paling indah.

Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.

Catatan lama saya pada 31 Januari 2010 berkenaan Allahyarham boleh baca di sini