Archive for 2 Mac 2010


Ada dua perkara apabila singgah dan mengisi program di surau ini pada malam isnin lalu. Programnya ceramah & sambutan maulidur Rasul SAW untuk peringkat surau berkenaan.

Pertama, ia mengingatkan saya kepada dua orang. Pak Ali dan Che’gu Jamil. Pak Ali memula dan mengasaskan kegemilangan surau ini satu ketika dahulu. Kata orang, Pak Ali dan surau ini tidak dapat dipisahkan.

Apabila Pak Ali pindah ke Kedah pada 2003, surau menjadi sunyi sepi buat beberapa tahun. Beberapa sahabat duduk memikirkan agar surau itu diaktifkan semula dan bukan hanya menjadi pemandangan kosong apabila melalui jalanraya sebelahnya.

Antara ramai-ramai penggerak gelombang kedua itu ialah Che’gu Jamil bersama rakan-rakan lain.

Kedua, saya meletakkan graf yang tinggi buat surau ini. Ini kerana majoriti pendukung surau ini adalah para guru dan ustaz. Ertinya ia bukan calang-calang.

Selain itu menurut maklumat sudah ramai para ulama’ dan pendakwah yang menabur ilmu di surau ini. Antaranya Ust Hj Abd Ghani Samsuddin, Tuan Guru Hj Yahya Joned, Ust Yusuf Embong, Ust Wan Azhar dan ramai lagi.

Berceramah di hadapan ramai ustaz dan ustazah bukanlah kegemaran saya. Kerana saya menyedari kelemahan dan kekurangan diri dan di hadapan saya itu bukan calang-calang orang. Saya suka sekali berhadapan dengan orang kampung, berceloteh dan bergurau dengan mereka.

Saya berdoa surau ini terus mekar dengan aktivitinya di bawah pimpinan Ust Yaharuddin Jaafar dan rakan-rakan yang lain. Ada Ust Arbaen, Nordin Saad, Ust Zulkifli Nawawi, Ust Nik Anwar Zakaria, Ust Rafie dan ramai lagi.

Undangan berceramah di Surau Bernas adalah satu kesempatan yang sangat saya hargai. Terima kasih semua.

Buku yang baru dibaca :

 

Penulis : Dr Basri Ibrahim al-Hasani al-Azhari

Penerbit : al-Hidayah Publication

Harga : RM20.00

Bab 1 : Kepentingan Pendekatan Psikologi Dalam Berinteraksi Dengan Masyarakat

Bab 2 : Psikologi Rasulullah Dalam Berinteraksi Dengan Kanak-Kanak

Bab 3 : Psikologi Rasulullah Dalam Berinteraksi Dengan Para Sahabat

Bab 4 : Psikologi Rasulullah Dalam Berinteraksi Dengan Ahli Keluarga

Bab 5 : Psikologi Rasulullah Dalam Berinteraksi Dengan Orang Islam Yang Melakukan Kesalahan

Bab 6 : Psikologi Rasulullah Dalam Berinteraksi Dengan Golongan Bukan Islam

Bab 7 : Psikologi Rasulullah Dalam Berinteraksi Dengan Perwakilan Asing Dan Orang Luar

***

Dapatkan buku berkenaan di Pustaka Aslam, Plaza Kingfisher, Likas Kota Kinabalu

%d bloggers like this: