Abu Nuha Corner sekeluarga mengucapkan takziah kepada Ust Hj Bungsu Aziz Jaafar dan isteri Puan Ofelia Yaakub yang kehilangan cahayamata sulung mereka pagi semalam.

Saya dimaklumkan oleh Ust Rafihi Derahim (Pensyarah Institut Perguruan Kent Tuaran) bahawa Puan Ofelia melahirkan cahayamata lelaki yang berumur 6 bulan di Hospital Likas 5 pagi dan sempat hidup selama 3 jam sahaja sebelum meninggal dunia jam 8 pagi. 

Bayi lelaki yang diberi nama Mohd Qutb Ramadhani dimaklumkan tidak cukup bulan.

Menjelang asar, janazahnya dibawa ke Masjid UMS untuk diselenggarakan dan kemudiannya dikebumikan di UiTM Sepanggar. Ramai siswa dari UMS dan UiTM juga rakan-rakan hadir mengucap takziah kepada beliau berdua dan menyertai solat janazah.

Ust Hj Bungsu Aziz mendirikan rumahtangga dengan Puan Ofelia pada 30 Sya’ban 1430H lalu di Masjid UMS. Ust Bungsu adalah pensyarah kanan di UiTM Sepanggar dan merupakan pendakwah dan penceramah yang tidak asing di negeri Sabah.

Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah sejak 2008 hingga kini.

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kesabaran dan ketabahan kepada mereka. Insya Allah, sudah tentu ada hikmah yang besar di sebaliknya.