Archive for 25 Februari 2010


“Sesiapa melalui satu jalan bagi mendapatkan ilmu, Allah akan memudahkan jalan untuknya menuju ke syurga” (HR Muslim)

Isnin – Tasauf (8.30-9.30 mlm) – Ust Mursal Muchtar

Selasa – Fekah (8.30-9.30 mlm) – Ust Hj Muchlish Ali Kasim

Rabu – Aqidah (8.30-9.30 mlm) – Ust Hj Muchlish Ali Kasim

Sabtu – Tajwid (6.00-8.00 pagi) – Datuk Hj Mokhtar Rapok

Tempat : Bilik Kuliah Masjid Negeri Sabah

Hubungi : Hj Md Pozi Awang (019-8025254), Chef Abdullah Ahmad (012-8691220)

Anjuran : Syukbah Dakwah Masjid Negeri & Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah

PENYERTAAN TERBUKA DAN PERCUMA

HAYATI KEINDAHAN ISLAM MELALUI BIMBINGAN ULAMA’

Semoga Allah memberi rahmat kepada Muhammad;

Semoga Allah memberi rahmat dan keselamatan kepadanya.

Wahai Nabi semoga engkau selamat; wahai Rasul semoga engkau sejahtera;

Wahai kekasih semoga engkau selamat; semoga rahmat Allah melimpah keatasmu.

Terbitlah bulan purnama buat kami; lenyaplah bulan-bulan yang lain;

Kami tidak pernah melihat orang lain setampanmu; duhai wajah yang menggembirakan.

Engkaulah matahari engkaulah bulan; engkaulah cahaya di atas cahaya;

Engkaulah penawar dan kekasih, engkaulah penerang segala jiwa.

Wahai kekasih wahai Muhammad, wahai pengantin di hati;

Wahai yang dikuatkan, wahai yang dimuliakan; wahai imam dua kiblat.

Sesiapa memandangmu merasa bahagia; wahai empunya ibu bapa yang mulia;

Telagamu yang jernih lagi nikmat; menjadi tumpuan kami pada hari kiamat.

Segala kerinduan yang kami saksikan; sedang tertumpu kepada dirimu;

Juga awan yang menaungimu; sedang malaikat bersolawat kepadamu.

Pohon kayu datang sambil menangis; merendah diri ketika di sisimu;

Telah berlindung kepadamu wahai kekasihku; di sisimu seekor kijang yang liar.

Ketika keletihan mengundang diri; mereka menyeru agar berangkat;

Ku datangi mereka sedang air mata mengalir; ku katakan : Tunggulah aku wahai penunjukku.

Bebankanlah aku risalah syariat; wahai orang yang mulia lagi dirindui;

Menuju arah lokasi rumah; pada waktu petang dan pagi.

Semua orang di alam ini sangat kasih; kepadamu wahai empunya dahi yang indah;

Mereka semua kasih kepadamu; rindu dan sayang kepadamu.

Pada hakikat kejadianmu; telah zahir perkara yang mengkagumkan;

Engkaulah penutup segala rasul; engkaulah yang pandai bersyukur kepada Tuhan.

HambaMu yang miskin ini sangat berharap; akan ampunan dengan kurniaMu;

Kepadamu aku bersangka baik; wahai pembawa berita gembira dan peringatan.

Bantulah aku, jauhkanlah aku; wahai yang melepaskan dari neraka;

Wahai penolong, wahai pelindung; dalam urusan yang begitu penting.

Hamba yang sengsara bertukar bahagia; dukacita bertukar sirna;

Padamu wahai purnama yang bersinar; untukmu segala sifat keindahan.

Tiada orang yang lebih suci daripadamu; wahai datuk Hasan dan Husain;

Kepadamu Allah memberi rahmat; selamanya sepanjang masa.

Wahai pemilik  kebaikan; wahai yang meninggikan darjat;

Hapuskanlah dosa-dosaku; ampunkan segala kesalahanku.

Wahai Tuhan yang mengampunkan kesalahan; serta dosa yang membinasakan;

Engkaulah yang menutup segala keaiban; juga penghalang segala kesesatan.

Yang mengetahui rahsia dan yang tersembunyi; memperkenankan semua permintaan;

Wahai Tuhan rahmati kami semua, dengan seluruh kebaikan.

Semoga Allah merahmati Ahmad; sebanyak bilangan syair ini;

Ahmad al-Hadi Muhammad, pemilik wajah yang berseri-seri.

%d bloggers like this: