Suatu hari saya ke sebuah masjid berdekatan.

Selesai solat Jumaat (bukan hari ini), saya tidak menanti wirid selesai bersama imam kerana urusan di bilik air lebih mendesak. Satu demi satu tandas saya lalui. Penuh.

Ada tandas yang kosong. Bersih. Malang pintunya tiada kunci. Kalau nanti orang tolak dan buka, habislah. Keluar semula dan cari tandas lain.

Ada satu pintu terbuka. Ada orang. Tapi urusannya lain daripada orang lain. Dia tengah terbaring tidur. Hajat untuk menjenguk tidak diteruskan kerana bau badannya yang busuk.

Saya meneruskan pencarian. Dapat satu lagi yang kosong. Tiada orang. Tapi di tepi dan dalam mangkuk tandas ada tulang ikan, tulang ayam dan macam-macam sisa makanan.

Siapa pula makan dalam jamban ni….

****

Saya menerima satu iklan SMS dari no 019-7591830. Kandungannya seperti berikut :

RM0. Bosan? Aktifkan video koleksi hebat dari Jepun. Hantar ON SITI ke nombor 39***. Kini pendaftaran percuma. Untuk gambar, hantar ON LILI ke 39***. Utk >18  Sahaja.

Mereka semakin berani nampaknya..