Archive for 19 Februari 2010


SUCCESS EXCELLENCE CENTER

Setinggi tahniah diucapkan kepada team Success Excellence Center (SEC) Sdn Bhd yang selamat membuka pusat latihan mereka di Inanam Bussiness Centre.

SEC sebuah syarikat perkhidmatan yang menyediakan khidmat khusus dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia, perancangan, pemasaran, strategik, motivasi, seminar, bengkel dan pembangunan modal insan.

Teraju utama syarikat ini ialah Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah selaku pengarah urusan bersama-sama dengan Sdr Saberun Abd Kadir selaku penolongnya.

Teraju di dalamnya juga anak-anak muda profesional dan lulusan IPTA. Cik Norliza Shafie (UMS), Cik Siti Maryam Dawalih (UMS), Hajizul Abdul ( MSU), Rudy Petrus (UNITAR), Johanshah Syarifuddin (UUM), Cik Noor Azmizah Andaman (UMS) dan Cik Nurul Martini Gontol (UiTM).

Malam tadi, ada kenduri kesyukuran di pusat latihan mereka.

Saya hadir bagi memberi sokongan moral atas kejayaan  membuka syarikat seterusnya pusat latihan mereka. Sokongan diberikan atas dasar syarikat dimiliki oleh orang Islam yang berjiwa dan berfikrah Islam.

Mudah-mudahan dengan fikrah dan jiwa Islami yang mereka miliki itu, para peserta kursus turut diserapkan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

Ust Saiful Zaman Sanggul (Sektor Pendidikan Islam) yang diceritakan pernah menjadi aktivis JIM satu masa lalu hadir menyampaikan ceramah berkaitan Tazkiyatun Nafs. Ternyata, walaupun sebentar dan santai ia cukup berisi sekali.

Turut hadir Sdr Marsus Jabar (YDP JIM Sabah), Ust Naim Majin (SMKA Inanam), Ust Ithnin Hashim (SMK Bandaraya), Sdr Zainuddin, Ust Sarip Adul dan semua tenaga SEC diketuai Hj Nic dan Sdr Saberun.

Suatu hari saya ke sebuah masjid berdekatan.

Selesai solat Jumaat (bukan hari ini), saya tidak menanti wirid selesai bersama imam kerana urusan di bilik air lebih mendesak. Satu demi satu tandas saya lalui. Penuh.

Ada tandas yang kosong. Bersih. Malang pintunya tiada kunci. Kalau nanti orang tolak dan buka, habislah. Keluar semula dan cari tandas lain.

Ada satu pintu terbuka. Ada orang. Tapi urusannya lain daripada orang lain. Dia tengah terbaring tidur. Hajat untuk menjenguk tidak diteruskan kerana bau badannya yang busuk.

Saya meneruskan pencarian. Dapat satu lagi yang kosong. Tiada orang. Tapi di tepi dan dalam mangkuk tandas ada tulang ikan, tulang ayam dan macam-macam sisa makanan.

Siapa pula makan dalam jamban ni….

****

Saya menerima satu iklan SMS dari no 019-7591830. Kandungannya seperti berikut :

RM0. Bosan? Aktifkan video koleksi hebat dari Jepun. Hantar ON SITI ke nombor 39***. Kini pendaftaran percuma. Untuk gambar, hantar ON LILI ke 39***. Utk >18  Sahaja.

Mereka semakin berani nampaknya..

%d bloggers like this: