Alhamdulillah, sehari dua kebelakangan saya terpaksa bekerja keras menyiapkan 3 artikel sekaligus untuk dimuatkan dalam Shoutul Islam bilangan pertama.

Artikel pertama ialah tafsir al-Quran ayat 4 surah al-Qalam berkenaan akhlak agung Rasulullah SAW. Beberapa contoh dan babak yang menunjukkan akhlak baginda saya catatkan. Saya pilih ayat berkenaan sempena sambutan Maulidur Rasul SAW kali ini.

Artikel kedua ialah ikon remaja. Saya memilih Sultan Muhammad al-Fateh yang mula memerintah pada umur 19 tahun dan menawan Kota Konstantinopel pada umur 21 tahun.

Artikel ketiga ialah kemusykilan agama. Ini yang paling mencabar. Seingat saya inilah ruangan paling diminati dalam Shoutul Islam terdahulu. Kekurangan bahan rujukan menjadi cabaran utama.

Saya mencari banyak tempat mencari buku-buku fikah yang dimaksudkan dan melakukan carian di internet khususnya web-web fekah berbahasa Arab.  Tiga soalan dikemukakan. Solat gerhana selepas asar, memberi salam di akhir solat dan mencabut bulu kening.

Jika tidak berkesempatan risalah berkenaan diterbitkan menjelang Maulid Nabi SAW minggu hadapan, mungkin akhir bulan ini. Hampir kesemua penulis yang ditaklifkan sudah menghantar bahan.

Hanya tinggal seorang dua dan kemudian tugas pengeditan, penyusunan dan percetakan. Doakan semuanya berjalan lancar.