Beberapa hari lepas saya menerima undangan sebagai tetamu khas di RTM sempena Maulidur Rasul SAW 1431H.
Insya Allah, suara saya akan ke udara secara langsung pada 24 Februari 2010 jam 11.45 pagi – 12 tengahari dari konti Sabah FM. Bagi yang berada di Kota Kinabalu, siarannya melalui 89.9.
Siaran Sabah FM boleh didengar di sini www.rtmsabah.gov.my
Program ini adalah salah satu rancangan khas sempena Maulidur Rasul SAW yang dianjurkan bersama oleh JHEAINS (dihoskan oleh Bahagian Pendakwaan) dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia Kawasan Sabah.
Selain saya pada 24hb, rakan-rakan lain juga mengambil tempat mulai 22hb dan berakhir pada 26hb dengan tajuk masing-masing.
Tajuk yang diminta saya bercakap ialah berkenaan ajaran salah yang diperangi oleh Rasulullah SAW dan kesannya kepada umat Islam.
Khabarnya walaupun ada 15 minit peruntukan masa yang diberikan, tempoh saya bercakap hanya di bawah 10 minit kerana memberi laluan untuk kuiz yang akan diadakan di hujung program.
Walaupun 10 minit, semestinya saya bekerja keras untuk mencari bahan menurut yang semestinya.
Ini pengalaman pertama muncul secara langsung. Mudah-mudahan dimudahkan oleh Allah SWT urusannya demi kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW. Terima kasih kepada Bahagian Pendakwaan yang memberi kepercayaan.
Salam,
Semoga misi besar ini dipermudahkan Allah. Satu petua berkesan: datang ke lokasi lebih awal barang 15-30 minit sebelum ke udara. round2 dan lihat sekitar bilik konti, sembang2 sikit sama “orang2 sana”. Petua kedua: Mungkin membawa laptop ke konti dan baca terus text di skrin akan memudahkan kita menggerakkan tangan, menggerakkan badan dan mengeluarkan intonasi suara seolah2 kita tidak membaca sebuah text. Menggunakan text di kertas boleh jadi menghasilkan bunyian gerakan kertas dalam siaran, di samping menjadikan tangan kita agak kaku untuk bergerak bebas.
ERAKITA doakan agar selepas program tersebut, Abu Nuha menjadi salah seorang yang mengisi slot keagamaan dalam SABAH FM, bagus bah! Inshaa Allah.
Terima kasih tips2 berharga.. memang disuruh awal datang 20 minit sebelum ke udara. Sebenarnya biasa juga ke rtm tapi rakaman bukan live. Insya Allah mudah2an dimudahkan. Rabbuna yusahhil..
Salam ustaz. Insya Allah, satu lagi saluran yang baik untuk berkembang. Ana doakan semoga terus bergerak maju ke hadapan!!