Archive for 17 Februari 2010


ABU NUHA DI SABAH FM

Beberapa hari lepas saya menerima undangan sebagai tetamu khas di RTM sempena Maulidur Rasul SAW 1431H.

Insya Allah, suara saya akan ke udara secara langsung pada 24 Februari 2010 jam 11.45 pagi – 12 tengahari dari konti Sabah FM. Bagi yang berada di Kota Kinabalu, siarannya melalui 89.9.

Siaran Sabah FM boleh didengar di sini www.rtmsabah.gov.my 

Program ini adalah salah satu rancangan khas sempena Maulidur Rasul SAW yang dianjurkan bersama oleh JHEAINS (dihoskan oleh Bahagian Pendakwaan) dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia Kawasan Sabah.

Selain saya pada 24hb, rakan-rakan lain juga mengambil tempat mulai 22hb dan berakhir pada 26hb dengan tajuk masing-masing.

Tajuk yang diminta saya bercakap ialah berkenaan ajaran salah yang diperangi oleh Rasulullah SAW dan kesannya kepada umat Islam.

Khabarnya walaupun ada 15 minit peruntukan masa yang diberikan, tempoh saya bercakap hanya di bawah 10 minit kerana memberi laluan untuk kuiz yang akan diadakan di hujung program.

Walaupun 10 minit, semestinya saya bekerja keras untuk mencari bahan menurut yang semestinya.

Ini pengalaman pertama muncul secara langsung. Mudah-mudahan dimudahkan oleh Allah SWT urusannya demi kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW. Terima kasih kepada Bahagian Pendakwaan yang memberi kepercayaan.

 

Geram melihat kezaliman yang dilakukan. Terima kasih dan tahniah kepada jurufoto yang merakamkan gambar ini. Dipetik dari blog http://paskeningau.blogspot.com/

%d bloggers like this: