1) Saat mereka menyambut Tahun Baru Cina ini, mercun berdentuman sehingga jam 2-3 pagi. Saya pernah diberitahu, menurut kepercayaan mereka ia bertujuan untuk menghalau hantu.

Tapi yang peliknya, ada orang Islam yang menyambut Eidul Fitri juga main mercun. Entah siapa pula dihalaunya. Yang jelas, mereka suka mengikut-ikut tanpa mengetahui asal-usulnya.

2) Yang pelik juga, kalau mereka main mercun, tiada pula kedengaran cerita putus jari, putus tangan dan sebagainya. Bila orang Islam / Melayu main mercun musim raya puasa, macam-macam cerita putus sana sini.

Adakah berita putus jari akibat main mercun ketika Tahun Baru Cina tidak dilaporkan, atau mereka memang handal main mercun? Atau memang orang Melayu tidak pandai main mercun kerana selalu main mercun buatan sendiri?

3) Tahun Baru Cina tidak dapat dipisahkan dengan tarian singa / naga. Seronok melihat pemain-pemain mereka yang terdiri daripada anak-anak muda beraksi dengan tangkas sekali. Cuma pernah melihat sesekali anak-anak Islam menjadi pemain di dalamnya.

4) Tahun Baru Cina juga tidak dapat dipisahkan dengan limau mandarin. Betapa hebatnya Negara China mengeksport jutaan buah limau ke seluruh dunia. Tepat saja pada musim tahun baru,  limau mandarin ini berlambak di pasaran.

Sekadar catatan sempena Tahun Baru Cina.