Archive for 10 Februari 2010


RIBUAN MANDI BUANG SIAL

Hari ini rabu terakhir dalam bulan Safar.

Sedang saya berada di Kimanis Papar dalam satu program, bertalu-talu sms dan panggilan telefon masuk. Semuanya membawa khabar berita yang sama.

Di pantai Tanjung Lipat Likas, ribuan orang dilaporkan sedang mandi manda melakukan satu aktiviti yang dipanggil ‘buang sial’.

Sebenarnya saya juga mendapat  maklum bahawa rakan-rakan JHEAINS dari Bahagian Penguatkuasa dan JHEAINS Daerah Kota Kinabalu ada membuat rondaan. Sejauh mana kesudahannya tidak pula saya ketahui.

Rakan-rakan yang melimpasi kawasan ini pula tidak mengambil sebarang foto. Kalau tidak boleh juga masuk dalam blog. Walaubagaimanapun, maklumat mereka semua dihargai dan itu tanda mereka mengambil berat tentang urusan orang Islam.

Awal petang, saya lalu di kawasan tersebut kerana ada urusan di Likas. Orang ramai mulai susut dan berkemas pulang. Hanya tinggal sedikit yang masih berada di sana

Tahun lalu, saya ada membuat tinjauan khusus dan melakukan sedikit temuramah dengan beberapa orang di pantai tersebut.

Menurut kefahaman mereka, mandi buang sial ini dilakukan pada setiap rabu dalam bulan Safar dan kemuncaknya ialah pada hari rabu terakhir bulan Safar iaitu hari ini.

Catatan yang saya buat tentang mandi buang sial di lokasi yang sama pada 25 Februari 2009 boleh baca di sini.

Dunia pengajian zaman teknologi kini membolehkan kita mendengar ceramah, kuliah, forum dan seumpamanya secara jarak jauh. Dahulu siaran langsung hanya boleh diikuti di tv dan radio.

Kini, ia boleh diikuti melalui internet. Kita boleh mengikuti kuliah dan ceramah yang jaraknya jauh daripada kita termasuk daripada ulama’-ulama’ besar di Timur Tengah dan seumpamanya.

Ikuti kuliah dua tok guru melalui laman berikut :

1) Kuliah pagi jumaat mulai jam 9.30 pagi dari Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat di http://mykelantan.tv/

2) Kuliah pagi jumaat mulai jam 9.00 pagi dari Masjid Rusila, Marang Terengganu bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di http://www.terengganukini.net/v2/

Manfaatkanlah dunia  internet untuk mendalami ilmu-ilmu Islam. Ini adalah diantaranya. Entry ini saya catatkan sebagai menjawab pertanyaan dan permintaan beberapa orang yang ingin mendengar kuliah kedua tok guru ini.

%d bloggers like this: