Archive for 7 Februari 2010


Update 14 Feb 2010 : Penyertaan telah ditutup malam ini dengan jumlah peserta 61 orang. Terima kasih.

Tarikh : 16 Februari 2010 (Selasa)

Masa : 8 pagi-5 petang

Tempat : Bilik Kuliah, Masjid Negeri Sabah

Yuran : RM10 sahaja.

Pembimbing : Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah

Apa program?

Pada tarikh berkenaan, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Sabah menganjurkan Kursus Sehari Perbandingan Agama Islam-Kristian.

Sasaran peserta?

Kami mensasarkan tidak lebih 50 orang peserta terawal, terdiri daripada para ustaz, ustazah, para fasilitator yang pernah menyertai Program Pemantapan Aqidah anjuran PUM, juga orang awam yang berbakat.

Setakat ini sudah separuh daripada sasaran sudah tercapai. Kami hanya menanti bakinya sahaja.

Kaedah kursus?

Peserta akan didedahkan melalui pendekatan kuliah dan bengkel.

Peserta juga dibekalkan dengan bible setiap seorang dan kemudian mencari persamaan, perbezaan antara kedua agama, juga penyelewengan dan percanggahan yang  terdapat di dalam bible melalui LDK yang menarik.

Kenapa terhad?

Tujuan utama kursus ini untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang perbandingan agama Islam-Kristian. Sasaran kami, mereka ini adalah bakal penceramah yang akan diserapkan dalam program pemantapan aqidah di sekolah-sekolah selepas ini.

Untuk orang awam dan pelajar sekolah, kami akan mengumumkannya daripada masa ke masa. Lagipun bible yang kami ada begitu terhad, lebih sesuai setiap peserta mempunyai satu bible dalam kursus berkenaan.

Hubungi siapa?

Ust Hamir Hamzah (013-9377696), atau tinggalkan nombor hp di ruangan komen artikel ini sebelum 14 Februari 2010.

“Liwat eh!”

“Liwatnya…”

Demikian masa kecil-kecil kami selalu menggunakan perkataan itu. Bahkan orang-orang tua seringkali menggunakan kalimat itu dalam perbualan mereka.

Tetapi sejak berpindah ke ibu negeri dan bersekolah menengah pada akhir 1991, jarang sekali saya mendengar ungkapan itu.

Kemudian pada September 1998, ketika saya bersama rakan-rakan berada di maahad, kalimat itu begitu masyhur di negara kita tetapi dalam konteks dan maksud yang begitu berbeza.

Kalimat itu menjadi tajuk dan berita utama di mana-mana apabila DSAI dituduh dengan salah laku berkenaan. Saya pernah mendengar kisah anak-anak bertanya tentang isu itu.

“Kenapa Mahathir marah kat Anwar? Anwar datang lewat pergi kerja ke? Itu pun kena buang ke?”

Demikian kecelaruan dan kejutan budaya yang berlaku ketika itu yang menyebabkan ibu bapa begitu payah sekali menerangkannya.

Setelah 10 tahun, kini kalimat itu muncul dan sekali lagi menempati dada akhbar dan menjadi wirid dan zikir wartawan, ahli politik, blogger dan peminat politik hatta di kedai kopi.

Teringat kembali ketika berada di maahad, kami bertanya kepada ustaz berkenaan kes dan tuduhan terhadap DSAI, ustaz menjelaskan :

“Pertamanya, manusia tidak sunyi daripada salah dan silap, boleh jadi seseorang itu buat atau tidak. Tetapi kita tidak boleh menuduh sesuka hati tanpa bukti bahawa dia telah melakukan kesalahan itu..”

(Liwat dalam bahasa brunei bermakna sukar dan susah).

%d bloggers like this: