Archive for 1 Februari 2010


CABUTAN BERTUAH

 

From;”POWER ROOT’ SDN BHD.

Tahniah! Sim Card Anda t’lah Berjaya Cabutan BERTUAH’ RM15.ooo.oo

Hub Office Talian: 013 871 3749

Terimah Kasih.

Demikian SMS yang saya terima pada jam 3.15 petang tadi dari no 014-5508717. Siapa ada masa, tolong hubungi nombor tertera. Saya kekalkan huruf, kalimah dan susunan ayat untuk tatapan semua.  Nampak sangat tatabahasa tunggang langgang.

Itu pun ada juga yang terpedaya. Dunia.. dunia..

WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bercuti hari ini menyambut hari Wilayah Persekutuan setiap 1 Februari.

Sebagai penduduk yang membesar di WP Labuan sejak berumur 2 tahun dan bersekolah rendah di sana, ada sesuatu yang sepatutnya difikirkan oleh umat Islam di WP Labuan tentang perkembangan Islam dan yang berkait dengannya.

Pertama

Daripada segi prasarana, memang agak kehadapan. Masjid dan surau rasanya semuanya ada penghawa dingin. Demikian penelitian saya apabila setiap kali pulang ke sana, berziarah dan mengisi program di masjid dan surau.

Yang patutnya diikhtiarkan ialah agar umat Islam cintakan masjid dan surau, rajin mengimarahkannya setiap masa. Itulah yang membimbangkan saya berkenaan masjid dan surau di WP Labuan secara umumnya.

Satu ketika saya pernah hadir di sebuah masjid untuk mengisi slot ceramah maghrib-isyak dengan kehadiran 3 orang termasuk saya.

Kini kalau datang berceramah, saya suka sekali menekankan agar pengajian seperti aqidah, feqah, tasawuf, hadith, tafsir, sirah dan seumpamanya ditekankan di masjid surau. Bukannya setakat belajar marhaban dan barzanji sahaja.

Kedua

Setahun lalu, sempena hari wilayah ini juga saya pernah menulis agar usaha-usaha mewujudkan sekolah aliran arab seperti SMA Toh Puan Hajjah Rahmah ditekankan secara bersungguh-sungguh.

Labuan melalui usaha murni Jabatan Agama Islam WP Labuan (JAWI) mempunyai banyak Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI), tetapi ia habis di situ. Untuk menyambung ke KK di Toh Puan atau di Papar, berapa sangatlah kouta yang diberikan kerana anak Sabah sendiri sangat memerlukan.

Saya mengetahui perjuangan orang-orang lama baik di JAWI atau Jabatan Pelajaran dan masyarakat awam sudah bertahun-tahun mendesak sekolah agama aliran arab ini diwujudkan.

Semua tahu kepentingan sekolah agama sebegini diperjuangkan.

Ketiga

Pusat maksiat yang semakin subur di WP Labuan. Kelab malam, pusat karaoke, premis urut berlambak menjadi perhatian masyarakat. Tambahan lagi status sebagai bebas cukai, arak dan rokok masih murah berbanding di tempat lain.

Pegawai di Perbadanan Labuan sudah tentu boleh memberikan statistik jumlah premis berkenaan di WP Labuan.

Kehadiran premis seumpama itu berkait dengan budaya berhibur di kalangan masyarakat. Asal saja ada sambutan tertentu, mesti ada artis sekian-sekian.

Seseorang pernah bercerita, sambutan acara keagamaan di WP Labuan begitu suram. Dewan tidak penuh dan banyak kerusi daripada orang.

Semoga Allah SWT selamatkan WP Labuan.

%d bloggers like this: