Suatu petang saya makan di sebuah restoran yang boleh dikatakan sering saya kunjungi. Mungkin dalam sebulan, ada 4-5 kali ke sana.

Ada pelayan baru nampaknya, seorang anak muda. Saya katakan pekerja baru kerana biasanya apabila pekerjanya nampak saya mereka tahu menu kegemaran saya. Tetapi anak muda ini datang mengambil order.

Dia datang, saya terpaku melihat bajunya yang penuh dengan tulisan itu. Dia terpinga-pinga apabila saya katakan baju itu tidak boleh dipakai dan boleh dirampas.

Katanya sudah lama dia memakai baju itu, dan tiada apa pun yang pelik pada pandangannya. Tahu kenapa?

Kerana anak muda ini langsung tidak tahu membaca.