Salah seorang sahabat dan jamaah di Surau Riyadhus Solihin, Ust Abd Hamid bersama keluarga diuji Allah SWT pada akhir tahun 2009, apabila bayi yang dilahirkan meninggal dunia ketika di dalam perut.

Menurut Ust Hamid yang bertugas di SK Tg Aru 2, anak kesembilannya yang diberi nama Muhammad Islahuddin itu lahir dalam keadaan sempurna.

Ust Abd Hamid bagaimanapun berkata, satu keistimewaan Allahyarham ialah kesemua jari di tangan dan kaki berjumlah enam jari di setiap tangan dan kaki secara lengkap, iaitu mempunyai tulangnya sendiri, bukannya ketumbuhan atau lebihan daging.

Allah SWT lebih menyayanginya. Islahuddin selamat dikebumikan pada petang 31 Disember di Taman Perkuburan Islam Kg Tanjung Dumpil Putatan.

Semoga mereka sekeluarga diberikan ketabahan olehNya.